Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Disember 2015

Dia Lebih Mengerti


Dia Lebih Mengerti
Norhayati Berahim

ISBN: 9789834211509
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2005
Halaman: 524
Harga: RM20.90

~ Rasaku… ~

Gigih aku bertahan dengan laman PNM yang ada masanya lebih banyak hang daripada elok. Tapi demimu Mai & Abid, berjaya juga aku habiskan hahaha :D

Full review: 19/11/2015

Rindu terubat sebab dah lama nak cari balik buku ni. Aku pernah pinjam kawan punya, la ni pinjam kat PNM pula. Amboiii... tak berjodoh betul nak beli hoho. Antara buku terawal NB yang tak tebal seperti kamus ;P

Ceritanya ringkas tapi mengenali karya NB, akan ada kisah yang berkait antara satu sama lain. Tapi apa pun, ia masih tidak akan menyesakkan kepala. Ini bukan kisah thriller pun, hanya kisah biasa rakyat marhaen, gitu... hahaha.

Dan, kalau aku katakan ianya antara karya terawal NB, makanya akan berdepan dengan sosok lelaki yang miang-miang keladi. Tapi, aura wanita yang diangkat tak pernah kalah. Sangat suka dengan karakter Mai yang penuh bersahaja. Ada keluarga yang berada tapi dia duduk menyewa di luar. Ibu yang tak menganggapnya sebagai anak, tak juga melemahkannya.

Kaitan yang aku bilang awal-awal tadi muncul bila mana Mai bertemu Abid. Hmm... ada sejarah mengikat Abid dan kakak Mai. Silakan baca, anda pasti akan berbulu mata tengok gelagat si Amy Natasha ini.

Pengakhirannya? Yang manis-manis pastinya. Aku juga senang dengan perubahan hubungan Mai dan ibunya, tapi sayang perginya sang ibu begitu tragis. Masin mulut orang tua. Sebab tu jangan cakap yang bukan-bukan ya para ibu ayah. Ingatan untuk diri sendiri, tiap kata itu doa ya!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))