Aktviti Membaca!

Jumaat, 15 Mei 2015

Lelaki Versi Dia


Lelaki Versi Dia
Aireen Aryana

ISBN: 9789675067556
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 415
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Akhirnyaaaa... tamat juga.
Menjeruk rasa sungguh nak habiskannya, banyak kali tertangguh disebabkan watak heroin yang bagai diminta dilenyek-lenyek dengan steamroll muahahaha :P

Full review: 12/05/2015

Penat aku layan karenah heroin ni. Si Arwin Raisha [Win] yang agak selfish, mengada-ngada dan bajet dia seorang saja yang betul. Haihh... menduga kesabaran sungguh!

Mujur ada pak mat hensem. Eh? Hahaha... Tapi ya, naskhah ini banyak diselamatkan dengan kehadiran Wan Aakif [Wan] yang lebih cool dan sabar. Walaupun dia hilang ingatan, dan kemudiannya ‘disogokkan’ dengan menyatakan Win itu tunangnya, Wan nyata lebih santai mengemudi hidupnya.

Memang payah nak ingat apa yang terjadi, tapi Wan tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik buat Win. Sedangkan Win ni... adoiii! Rasa nak kasi kame hame ha je sebijik. Biar sedar diri sikit. Memanglah Wan dulu-dulu tu tak pandang dia langsung, tapi saat ini si Wan dah separuh hati cintakan dia. Tapi si Win ni pula menjeruk rasa, konon-kononnya dia berkorban perasaan nak dapatkan Wan.

Namun, sudah jodoh tertulis. Mereka berdua dikahwinkan jua. Kagum dengan sikap Wan yang masa ni dah ingat balik, tapi masih juga sabar melayan karenah Win. Si isteri pula banyak sangat syak wasangka. Dan, makin melarat bila kekasih lama Wan kembali. Suka-suki buat conclusion sendiri, haaa... padan muka! Siapa suruh? Gigih encik suami nak jelaskan keadaan sebenar, tapi nan hadooo...

Apa pengakhirannya? Jangan risau, lelaki sesabar Wan Aakif tak akan dikecewakan. Alhamdulillah, kalau tak aku bakar buku ni hahaha

Happy reading (^-<)

3 Bulan

3 Bulan
Nuril Bahanudin

ISBN: 9789670448404
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Ogos 2013
Halaman: 556
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Tak boleh nak hadam lama-lama, tak pasti kenapa. Banyak juga halaman yang aku selak laju-laju daripada menghayatinya.

Full review: 12/05/2015

Nuriz; gadis biasa-biasa yang mandiri tapi tak disangka bertemu Wan Nazariel [Ariel] yang sombong dan ego dalam satu insiden. Memang hidup Nuriz huru-hara disebabkan kemalangan itu. Nuriz yang terdesak untuk membayar ganti rugi terpaksa menerima cadangan Ariel untuk berkerja dengan lelaki itu sebagai seorang budak penghantar surat selama tiga bulan, tanpa gaji pula tu.

Dalam tempoh tiga bulan, ada banyak perkara yang berlaku. Dan, salah satunya bila status Ariel dan Nuriz berubah daripada majikan-pekerja kepada suami-isteri. Apa yang berlaku sebenarnya?

Hidup makin kacau-bilau dengan kehadiran Dorina; yang sering cemburukan dirinya. Belum masuk lagi dengan kehadiran Zefrul Arham; lelaki yang entah dari mana tiba-tiba jatuh sayang pada Nuriz. Makin serabut hidup Nuriz dibuatnya. Apa kesudahan kisah mereka? Dan, apa pula yang berlaku bila saja Nuriz tiba-tiba hilang ingatan? Jeng... jeng... jeng...

Sayangnya bila sudah ada premis yang bagus tapi olahannya tidak seperti yang diharapkan. Ikutkan aku suka kisah anak terbuang yang bangkit untuk merencanakan kehidupannya sendiri. Tapi, seperti yang aku bilang tadi, mungkin gaya penceritaannya tidak sampai ke jiwa... agak mendatar. Dan ada beberapa plot yang kerap diulang, terutamanya pertelingkahan Nuriz-Ariel... aduh! Lelah nak baca.

Apa pun, selamat membaca ya!

Happy reading (^-<)

Rabu, 6 Mei 2015

Cinta Terbuang di Kayseri

Cinta Terbuang di Kayseri
Norhayati Berahim

ISBN: 9789675229527
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 719
Harga: RM29

~ Rasaku… ~

3.5*

Ok dan tidak ok.
Mungkin kerana mata yang berpinar-pinar melihat typo error ahaksss :P

Full review: 05/05/2015

Cerita yang bisa buat hati panas hahaha.

Baik, apakah perasaannya bila dikhianati oleh sang suami yang dalam diam beralih pada si dia yang dianggap bagai adik sendiri? Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Dan, bila Amina cuba untuk reda, dia diuji dengan ditinggalkan berbulan-bulan lamanya oleh sang suami tanpa khabar berita, tanpa nafkah... itukah suami yang diharapkan?

Lelah menunggu orang yang dicintai sepenuh hati, akhirnya Amina akur. Dia harus bertindak sendiri untuk membela nasibnya. Sang suami masih dengan egonya tidak mahu melafazkan talak. Dan akhirnya, Amina memohon fasakh. Selesai semuanya, dia cuba bangkit. Nun jauh membawa diri, ke Kayseri dia belajar bertatih kembali.

Tak mudah hidup di negara orang tapi bertuahnya Amina, bila dia sering saja dibantu oleh Salma; teman baiknya di Turki. Bersama-sama Salma, Amina mula tersenyum indah, perlahan-lahan cuba menyingkirkan segala kepahitannya.

Bila Amina sudah bisa melupakan, datang pula bekas suami yang terhegeh-hegeh mahukan dia. Eh! Eh! Memang lelaki tak tahu malu sungguh! Meluat aku tengok gaya Dr Salman ni, takde gaya doktor falsafah langsung!

Mujur ada Makcik Mastura yang suka benar pasang-pasangkan Amina dengan anaknya. Tapi Nazim ni boleh tahan juga anginnya. Mudah panas hati, tapi mudah juga sejuk.

Apa pun, aku suka ending. Rasa mahu jerit di telinga Dr Salman kuat-kuat. Padan muka! Tak pernah tahu bersyukur. Cuma, sedihnya hati bila Salma dipanggil Ilahi. Sahabat sejati sukar dicari, dan bila kita kehilangannya, seakan sebelah jiwa kita pun direnggut pergi.

Happy reading (^-<)

Raudhah


Raudhah
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789678604680
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Oktober 2014
Halaman: 562
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Tertipu?
Ya, mungkin. Tapi aku rasa kurang ummphhh-nya. Entah! Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam relung masa.

Full review: 05/05/2015

Joker; si contract killer dan White; si pemegang kontraknya. Bukan pemangsa yang biasa-biasa, sasaran pembunuhan mereka adalah golongan penjenayah kolar putih. Tak pernah bersua muka, email menjadi medan perhubungan mereka berdua. Tapi, hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Logik akal, Joker sudah mati!

Di sisi lain, ada 2 watak yang diperkenalkan -- Faris & Hambali. Sahabat yang terputus hubungan bertahun lamanya. Seorang putih, yang seorang lagi sisinya hitam. Hambali cuba membantu Faris, tapi ada rahsia besar yang Faris sembunyikan. Dan, bila rahsianya pecah, kesemuanya berubah.

Raudhah, yang pada asalnya aku kira nama watak. Benar, ada watak yang digelar Raudhah. Tapi apa yang lebih menyentuh jiwa adalah perincian yang dilakukan RAM tentang ‘Raudhah’. Aku suka, InsyaAllah moga aku diperkenankan Tuhan untuk berkunjung ke sana. Aminnnn...

Jadi, apa kaitan Joker-White dan Faris-Hambali? Pheww... ini yang tak akan aku ceritakan kerana jauh di sudut hati, ada rasa tidak puas membaca naskhah terbaru RAM ini. Kecewa? Barangkali.

Aku tak mahu menggelarkannya twist, sebabnya aku tau penulis ada sentuhan magisnya tersendiri kalau bermain dengan cerita thriller sebegini. Sayangnya, ia bukan seperti yang aku harapkan. Dah elok-elok ‘hanyut’, kemudiannya ‘dang’, terlanggar lampu isyarat. Aduh! *sakitnya tu di sini di dalam hatiku*

Nak tahu apa maksudku tentang terlanggar lampu isyarat tu? Silakan baca sendiri ;P

Happy reading (^-<)

Sunan: Nanggroe Sang Kembara

Sunan: Nanggroe Sang Kembara
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831249345
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Februari 2014
Halaman: 528
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Tamat sudah! ;)
Kerana nak habiskan kisah Nanggroe ini yang buat aku reread siri Sunan sebenarnya. Kebetulan di GR, aku belum buat mana-mana review kecuali Sunan Musafir. Makanya siri ke-6 tu aku baca juga tapi tak update di GR kerana bukunya sudah masuk cabaran GR tahun 2012.

Aku tunggu kesinambungan kisah ini. Lagi cepat diterbitkan lagi bagus, tak buat aku panasaran hahaha

Full review: 21/04/2015

Bahayanya fitnah -- seorang bapa menghukum anaknya, seorang ibu kehilangan anaknya, dan seorang abang hilang adik manjanya. Namun, hikmahnya dek fitnah itu, Saifudin belajar membesar dan dewasa. Onak ranjau yang dilalui sebelum mendiami bumi Aceh banyak mendidik Saifudin akan sabar dan syukur.

Menyelusuri kisah pemuda biasa hingga bergelar Laksamana Sunan cukup mengujakan. Bagaimana sang anak manja yang banyak keletahnya, kemudiannya bertukar laku, menjadi pendiam dan lebih sabar dalam mengawal gelojak  mudanya. Bagaimana sebenarnya hal-hal di kelilingnya yang membentuk peribadi seorang Sunan.

Terhibur dengan adanya gelagat Djailuh dan Sadik. Kedua-duanya punya ulah tersendiri, dan bagaimana mereka akhirnya menjadi sahabat terbaik buat Saifudin. Begitu juga dengan watak Engku Aminah; anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri. Ada rahsia yang ‘dikekalkan’ hingga hujung cerita. Rasa cam dapat teka, tapi aku simpulkan tungguuuuu hingga kesinambungannya. Aku mahu perasaan-dalam-teka-teki itu dibawa hingga novel terbarunya.

Watak Megat dan Seroja juga ada perkembangannya. Aku suka. Senang cerita, aku hampir menyukai kesemuanya. Yalah, watak-watak yang ada diceritakan dengan baik sekali. Tak terkurung dengan watak Saifudin sebagai tunjang utama. Cuma, kemunculan Sang Ratu Sulaman bagai ada yang tak kena. Dalam novel terdahulu, tiada langsung mengatakan si Ratna dan Saifudin pernah bertemu. Tapi dalam novel ini mereka bertemu dan saling mengenali. Dan itu, menyumbang kepada kekurangan satu bintang ahaksss...

Apa pun, aku akan tunggu kesinambungannya. RAM pasti akan membongkar semula hubungan Saifudin-Ratna ni. Mana boleh pasangan epikku ini dibiar tergantung begitu saja. Tak gitu? hihi... ;)

Happy reading (^-<)