Aktviti Membaca!

Rabu, 6 Mei 2015

Cinta Terbuang di Kayseri

Cinta Terbuang di Kayseri
Norhayati Berahim

ISBN: 9789675229527
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 719
Harga: RM29

~ Rasaku… ~

3.5*

Ok dan tidak ok.
Mungkin kerana mata yang berpinar-pinar melihat typo error ahaksss :P

Full review: 05/05/2015

Cerita yang bisa buat hati panas hahaha.

Baik, apakah perasaannya bila dikhianati oleh sang suami yang dalam diam beralih pada si dia yang dianggap bagai adik sendiri? Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Dan, bila Amina cuba untuk reda, dia diuji dengan ditinggalkan berbulan-bulan lamanya oleh sang suami tanpa khabar berita, tanpa nafkah... itukah suami yang diharapkan?

Lelah menunggu orang yang dicintai sepenuh hati, akhirnya Amina akur. Dia harus bertindak sendiri untuk membela nasibnya. Sang suami masih dengan egonya tidak mahu melafazkan talak. Dan akhirnya, Amina memohon fasakh. Selesai semuanya, dia cuba bangkit. Nun jauh membawa diri, ke Kayseri dia belajar bertatih kembali.

Tak mudah hidup di negara orang tapi bertuahnya Amina, bila dia sering saja dibantu oleh Salma; teman baiknya di Turki. Bersama-sama Salma, Amina mula tersenyum indah, perlahan-lahan cuba menyingkirkan segala kepahitannya.

Bila Amina sudah bisa melupakan, datang pula bekas suami yang terhegeh-hegeh mahukan dia. Eh! Eh! Memang lelaki tak tahu malu sungguh! Meluat aku tengok gaya Dr Salman ni, takde gaya doktor falsafah langsung!

Mujur ada Makcik Mastura yang suka benar pasang-pasangkan Amina dengan anaknya. Tapi Nazim ni boleh tahan juga anginnya. Mudah panas hati, tapi mudah juga sejuk.

Apa pun, aku suka ending. Rasa mahu jerit di telinga Dr Salman kuat-kuat. Padan muka! Tak pernah tahu bersyukur. Cuma, sedihnya hati bila Salma dipanggil Ilahi. Sahabat sejati sukar dicari, dan bila kita kehilangannya, seakan sebelah jiwa kita pun direnggut pergi.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))