Aktviti Membaca!

Rabu, 6 Mei 2015

Sunan: Nanggroe Sang Kembara

Sunan: Nanggroe Sang Kembara
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831249345
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Februari 2014
Halaman: 528
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Tamat sudah! ;)
Kerana nak habiskan kisah Nanggroe ini yang buat aku reread siri Sunan sebenarnya. Kebetulan di GR, aku belum buat mana-mana review kecuali Sunan Musafir. Makanya siri ke-6 tu aku baca juga tapi tak update di GR kerana bukunya sudah masuk cabaran GR tahun 2012.

Aku tunggu kesinambungan kisah ini. Lagi cepat diterbitkan lagi bagus, tak buat aku panasaran hahaha

Full review: 21/04/2015

Bahayanya fitnah -- seorang bapa menghukum anaknya, seorang ibu kehilangan anaknya, dan seorang abang hilang adik manjanya. Namun, hikmahnya dek fitnah itu, Saifudin belajar membesar dan dewasa. Onak ranjau yang dilalui sebelum mendiami bumi Aceh banyak mendidik Saifudin akan sabar dan syukur.

Menyelusuri kisah pemuda biasa hingga bergelar Laksamana Sunan cukup mengujakan. Bagaimana sang anak manja yang banyak keletahnya, kemudiannya bertukar laku, menjadi pendiam dan lebih sabar dalam mengawal gelojak  mudanya. Bagaimana sebenarnya hal-hal di kelilingnya yang membentuk peribadi seorang Sunan.

Terhibur dengan adanya gelagat Djailuh dan Sadik. Kedua-duanya punya ulah tersendiri, dan bagaimana mereka akhirnya menjadi sahabat terbaik buat Saifudin. Begitu juga dengan watak Engku Aminah; anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri. Ada rahsia yang ‘dikekalkan’ hingga hujung cerita. Rasa cam dapat teka, tapi aku simpulkan tungguuuuu hingga kesinambungannya. Aku mahu perasaan-dalam-teka-teki itu dibawa hingga novel terbarunya.

Watak Megat dan Seroja juga ada perkembangannya. Aku suka. Senang cerita, aku hampir menyukai kesemuanya. Yalah, watak-watak yang ada diceritakan dengan baik sekali. Tak terkurung dengan watak Saifudin sebagai tunjang utama. Cuma, kemunculan Sang Ratu Sulaman bagai ada yang tak kena. Dalam novel terdahulu, tiada langsung mengatakan si Ratna dan Saifudin pernah bertemu. Tapi dalam novel ini mereka bertemu dan saling mengenali. Dan itu, menyumbang kepada kekurangan satu bintang ahaksss...

Apa pun, aku akan tunggu kesinambungannya. RAM pasti akan membongkar semula hubungan Saifudin-Ratna ni. Mana boleh pasangan epikku ini dibiar tergantung begitu saja. Tak gitu? hihi... ;)

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))