Aktviti Membaca!

Jumaat, 15 Mei 2015

Lelaki Versi Dia


Lelaki Versi Dia
Aireen Aryana

ISBN: 9789675067556
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 415
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Akhirnyaaaa... tamat juga.
Menjeruk rasa sungguh nak habiskannya, banyak kali tertangguh disebabkan watak heroin yang bagai diminta dilenyek-lenyek dengan steamroll muahahaha :P

Full review: 12/05/2015

Penat aku layan karenah heroin ni. Si Arwin Raisha [Win] yang agak selfish, mengada-ngada dan bajet dia seorang saja yang betul. Haihh... menduga kesabaran sungguh!

Mujur ada pak mat hensem. Eh? Hahaha... Tapi ya, naskhah ini banyak diselamatkan dengan kehadiran Wan Aakif [Wan] yang lebih cool dan sabar. Walaupun dia hilang ingatan, dan kemudiannya ‘disogokkan’ dengan menyatakan Win itu tunangnya, Wan nyata lebih santai mengemudi hidupnya.

Memang payah nak ingat apa yang terjadi, tapi Wan tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik buat Win. Sedangkan Win ni... adoiii! Rasa nak kasi kame hame ha je sebijik. Biar sedar diri sikit. Memanglah Wan dulu-dulu tu tak pandang dia langsung, tapi saat ini si Wan dah separuh hati cintakan dia. Tapi si Win ni pula menjeruk rasa, konon-kononnya dia berkorban perasaan nak dapatkan Wan.

Namun, sudah jodoh tertulis. Mereka berdua dikahwinkan jua. Kagum dengan sikap Wan yang masa ni dah ingat balik, tapi masih juga sabar melayan karenah Win. Si isteri pula banyak sangat syak wasangka. Dan, makin melarat bila kekasih lama Wan kembali. Suka-suki buat conclusion sendiri, haaa... padan muka! Siapa suruh? Gigih encik suami nak jelaskan keadaan sebenar, tapi nan hadooo...

Apa pengakhirannya? Jangan risau, lelaki sesabar Wan Aakif tak akan dikecewakan. Alhamdulillah, kalau tak aku bakar buku ni hahaha

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. salam.. sy nk sewa novel ramlee awang murshid (pei pan dan anugerah pertama). bagaimana caranya? emel sy di nursyahidda83@gmail.com .tq

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Cik boleh emel saya di airinacomei@gmail.com. TQ! Tapi saya tiada buku Pei Pan :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))