Aktviti Membaca!

Isnin, 4 Ogos 2014

Cinta Sang Ratu



Cinta Sang Ratu
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9831242785
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Ke-5 2008
Halaman: 554
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~


'Cintailah Allah kerana ia adalah sebaik2 cinta...
... kemudian cintailah diri sendiri, sesudah itu cintailah... kanda.' [pg 132]


Saja je si Sunan ni tau... darah pendekar ke tak, ayat-ayatnya memang tak menahan. Phewittt...

Full review: 04/08/2014

Episod lepas, Sunan cedera parah. Si ‘durjana’ yang cuba membunuh itu adalah si gadis rupawan dari Pulau Utara. Manakan tau, akhirnya mereka berdua bertemu jodoh. Indah kan, takdir Tuhan?

Ratu Sulaman atau Ratna. Karakter yang kekal ampuh, si kejam yang keras tapi tewas dengan kata-kata ringkas daripada Saifudin. Alaa... cam biasalah ayat Saifudin yang bukan saja buat si ratu cair, malah mereka-luar-tepi-lebih-cair, ya tak? Hahaha ;P

Namun, tak nama Sunan kalau tak diduga. Kebahagiaan berumah tangga direntap oleh sang Maharani. Ratna diculik kerana kecewanya Maharani dengan keputusan Ratna yang tiba-tiba memihak pada sang putih. Kebatilan yang diajar dalam diri Ratna hilang sekelip mata hanya kerana cinta luhur buat suami.

Maka bermulalah perjalanan Sunan untuk menyelamatkan isteri kesayangan. Dan, di sini terbentang tiap scene yang mendebarkan. Dalam rasa hiba, masih terselit aksi pertarungan. Oh, ya! Perjalanan Sunan juga diselang-selikan dengan perjalanan Haryani untuk mencari Dani yang hilang ketika tsunami. Kasihan Dani! Terperangkap di Aceh, tapi jiwanya terhumban ke kurun ke-15. Lantas menemukannya dengan Sunan, tapi malangnya mereka bertemu di medan pertarungan. Bagaimanakah Sunan mahu menyelamatkan Dani di bawah kuasa sihir Maharani Pulau Utara? Ha, sila-sila baca sendiri ya!

Sequel ni aku akan katakan episod cinta. Bukan sembarangan episod cinta, tapi cinta yang sarat dengan mesej-mesej Islam di dalamnya. RAM nyata bisa mengadun kisah cinta yang indah dan romantis juga.

Dan jujur, aku memang suka pasangan -- si Ratu Sulaman dan si Lelaki Berduka dari Tanah Rencong. Mungkin aku bias tapi aku kongsikan di sini, bisikan si Ratna buat sang belahan jiwa saat dia hampi rebah di medan perjuangan;


‘Kandaku Sunan... bangkit dan berjuanglah kerna Allah.
Kandaku Sunan... hidup dan matilah kerna Allah.’ [pg 506]


Makanya, cinta siapa lagi yang lebih epik daripada dua pasangan ini?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))