Aktviti Membaca!

Isnin, 4 Ogos 2014

Kemilau Mentari



Kemilau Mentari
Zuraidah Othman

ISBN: 9789675229305
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: Oktober 2011
Halaman: 476
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Rating diberi ikut purata:-
1. Kasih Seimbas Pandang 2.5*
2. Jangan Ada Benci 3.5*
3. Kaulah Segalanya 3*

Ps: Kalau novella kedua tu stand alone, rasanya aku boleh je bagi 4* ;P

Full review: 04/08/2014

Himpunan 3 novel rupanya. Perghh.. aku salute dengan kenipisannya! Dulu-dulu tak perlu tebal untuk jadikannya sebuah novel. Dan kalau aku baca tiga novel ini berasingan, maknanya aku dah berjaya tamatkan 3 novel sekaligus. Jimat masa nak khatam GR Challenge *wink*

Kasih Seimbas Pandang.
Tak berapa kena dengan jiwa. Mungkin sebab terlalu ringkas [?]. Aku boleh teka siapa dan apa kesudahannya. Hmm, hilang rasa teruja agaknya, menjadikan aku si pembaca terasa biasa-biasa saja.

Jangan Ada Benci.
Phewitt... terasa nak menari-nari dalam hujan. Eh! Eh! Hahaha.
Aku rasa cerita ni cute. Mungkin ada nostalgia lama agaknya, yalah dah tadi terasa nak menari-nari dalam hujan, kan? Masih klise dengan tema kahwin-kerana-keluarga-aku-relakan *wink*. Tapi aku suka dengan gaya penceritaannya, cara penulis membina hubungan kedua-duanya. Dengan penamatnya yang manis. Indah!

Kaulah Segalanya.
Yang ni kalau baca ketika selera muda-mudi, confirm aku bagi markah penuh. Tapi bila dah masuk era makcik-maktok, alahai! Namun, ceritanya tak mengecewakan. Kisah kehidupan si anak remaja. Si adik jadi mangsa dendam atas perbuatan abangnya yang lalu. Mujur dendam tak terbalas, sebab si pemangsa kemudiannya mengetahui duduk perkara sebenar. Jadi, cinta yang dihulur adalah cinta yang hakiki dari hati. Yay! Happy ending juga buat kedua-duanya.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Mencari peluang qada review ye kak? haha....selamat hari raya. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  2. Soleh S,
    Hahaha..lebih kurang la :P
    Selamat Hari Raya dik! Maaf zahir batin.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))