Aktviti Membaca!

Isnin, 4 Ogos 2014

Rindu Awak 200%



Rindu Awak 200%
Liyana Zahim

ISBN: 9789831248829
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Ogos 2013
Halaman: 597
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Akan ditayangkan tak lama lagi rupanya. Alahai! Che Rina selalu sangat ketinggalan keretapi hikhikhik ;P

Full review: 14/07/2014

Dahsyat benar penangan novel Melayu, menderu-deru permintaannya untuk diadaptasikan. Tahniah! Moga kalian semua diberi lebih banyak ilham untuk menulis karya-karya yang lebih hebat.

RA200% bawa isu yang mudah sebenarnya. Lurus, takde kona-kona dah. Cuma, sekali lagi, aku tak suka bila ada scene mengahwinkan anak dengan alasan untuk mengubah perilaku anaknya ke arah kebaikan. Alahai! Tapi takpelah, aku masih enjoy hadam cerita ni walaupun di awalnya, aku naik cemuih nak layan perangai si ibu dan anak hoho.

Armel Aisya. Tersengih sendiri sebab tetiba teringat nama baru buat heroin ni yang diberi oleh seorang sahabat hahaha. Ok, serius! Armel gadis mandiri. Keluarga yang agak berada, tapi dia lebih suka buat hal sendiri. Rebellious. Jiwa muda yang tak sebulu dengan keluarga, terutama ibu sendiri. Dalam hal ni, aku masih tercari-cari sebab utama kenapa ibu dan anak saling bercakaran. Mungkin aku terlepas pandang, tapi ceritanya memang dari mula asyik berperang mulut je antara kedua-duanya. Haihh...

Konflik tercetus bila keluarga melihat gambar-tak-semenggah Armel di dalam dinding mukabukunya. Terus Armel dipaksa balik. Armel perlu disental dengan klorox bagi memutihkannya! Yang lebih buruk, bukan hanya dipaksa balik, tapi dipaksa kahwin! Makin menjadi-jadilah pemberontakan si Armel.

Namun, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Armel yang mulanya menolak kemudian mengubah fikiran. Hanya kerana cinta yang dipermainkan oleh kekasih hati, dia bersetuju dengan aturan keluarganya.

Adegan seterusnya? Tak susah nak teka. Biasalah adegan suami-rela-isteri-kahwin-paksa. Cuma, aku suka prolog. Kredit buat penulis sebab dari situ tak sangka ada rentetan yang manis ;))

Dan ya, Zill. Zill Faezrul Iqbal. Watak ni memang bakal menjadi hero pujaan ramai. Zill yang punya ketenangan dan kesabaran yang cukup tinggi dalam menangani karenah-kurang-kasih-sayang si Armel. Plus point, tak silap Zul Arifin kan bakal memegang watak ni? Ha, makin ramai yang tergolek-golek ni, tak gitu Mai? *wink*

Apa pun, aku lebih senang dengan bahagian akhir cerita sebab di awalnya agak slow. Aku suka scenes turun-naik pasangan ni, macam Armel yang sibuk jadi stalker FB suami sendiri hahaha. Adegan romantis Zill-Armel juga terkawal. Kiranya buku ni sesuai untuk tatapan umum.

Cuma, rasanya untuk cetakan akan datang, pengeditan perlu dititik-beratkan. Terlalu banyak ayat yang tergantung dan spelling errors.

Ps: Hilang kosa kata sebab lama tak tulis. Biasalah, penyakit M datang menyerang, membawa pergi semua mood membaca. Haihh...

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Sebenar kita ni memang dah jatuh tergolek-golek kat Zil Faezrul....sabar,sarcastic &romantik. Tambah-tambah lagi Zul Arifin yg pegang watak 2, lagi la terfeeling. Hebat jgk penangan drama melayu ni kan kalau dah ngam layar ceritanya. Tapi sebal jgk dgn Armel ni kasar tahap kuang hajar. Dah langgan buku ni, x sabar nak baca 😁😁😁
    P/s:sori komen panjang sangat.

    BalasPadam
  2. Malingkat87,
    Waa..nampaknya aura ZA tu sangat dahsyat la ni. Sampai tergolek-golek dibuatnya :))
    Selamat membaca ya! Moga enjoy!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))