Aktviti Membaca!

Selasa, 19 Ogos 2014

Tentang Dhiya



Tentang Dhiya
Syud

ISBN: -
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2012 [versi ebook]
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~

3.5*
Aku lebih suka nama Lisa, lagi suka bila ada si mamat tangan kidal yang nakal memanggilnya 'dear'. Sweet!

Full review: 18/08/2014

Nak lari dari lambakan novel cinta air mata? Cari ini. Ini. Ini. Ini. Hahaha... Tetiba teringat iklan kakaotalk Yuna *wink*

Lama sungguh nak ‘berjodoh’ dengan naskhah pertama Syud ;))
Jadi, apa kesimpulannya?
Simple.
Manis.

Ya, ini cerita yang mudah untuk dihadam. Tiada air-mata-bergelen-gelen yang akan tumpah. Cuma rasa sakit hati dan annoying tu ada juga la *wink*

Klise? Ya. Tapi gaya penulis buat aku hanyut semedang. Ringkas dan kena pula dengan setting cerita di zaman universiti. Aduh! Penulis bagai bawa aku mengimbau kenangan pula rasanya. Tapi, di awalnya cerita ni agak lambat panas. Scene awal-awal yang buat aku rasa nak flip laju-laju hahaha.

Dhiya Nurlisa. Si blur yang comel. Aku suka wataknya yang membina tembok tinggi-tinggi dalam hatinya. Mujur dia cepat sedar siapa yang ada dalam hatinya. Walaupun makan bertahun-tahun untuk bersua, orang kata, kalau dah jodoh... jauh mana pergi pun, akhirnya bertemu jua.

Azril Mustaufi. Penulis tak menjanjikan hero kacak yang hebat serba-serbi. Sebaliknya watak si tau fu fa yang tak sempurna ni dibina perlahan-lahan mengikut masa. Azril yang nakal, yang degil, yang kemudiannya belajar menjadi dewasa dan matang. Ehem! Dah besar-besar makin pandai pula nak mengurat hahaha

Jadi antara Lisa vs Azril.
Tak susah untuk aku nak pilih side mana hahaha.

Ps: Rindu pula dengan Pacai. Ehem! Betulkan radar che Rina, jeling sikit buku melambak dalam gobok hahaha.

Happy reading (^-<)

Hati Kala Cinta



Hati Kala Cinta
Hani Fazuha

ISBN: 9789831247174
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2011
Halaman: 560
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ada satu saat, aku rasa nak laga-lagakan je kepala si Zhafran dengan si Lya ni. Masing-masing tak reti nak mengalah! Haihhh...

Full review: 18/08/2014

Cerita yang mudah hadam sebenarnya, klise? Ya, tapi aku suka kisah ni. Cuma, perjalanan kisah Zhafran-Lya ni panjang benar. Berliku-liku sebelum nak capai bahagianya.

Dua sahabat baik yang dah tergelincir dari sempadannya. Namun, yang seksanya bila seorang dah mengaku, yang seorang lagi buat tak tahu. Ditambah dengan kehadiran watak tambahan yang annoying seperti Nurin. Oh, hoi! Yang suka setengah mati pun pasti akan kata tak suka bila saja keluarga dipertaruhkan.

Perhubungan kekeluargaan yang rapat antara kedua-duanya membuatkan pasangan ni susah nak berenggang. Walaupun Lya mahu, ada saja part yang buat dia lemah dengan Zhafran. Paling rumit bila ada pinangan keluarga Zhafran buat Lya! Jeng jeng jeng... aku terkenang cerita si Joe Jambul pula.

Sejak akhir-akhir ni, aku jadi kurang sabar nak baca part tarik-tali-jual-mahal ni. Macam kedegilan Lya untuk mengakui rasanya pada Zhafran, ha... ada rasa nak jerit kat telinga Lya kuat-kuat! Belum masuk part tak-reti-bahasa si Zhafran! Huh. Ok, aku emo! Hahaha ;P

Dan, watak Hareez tu aku macam suka pula [kenapa ayat sebaris ni pun aku buat perenggan? Hahaha... ada makna tu!]

Hasil karya penulis senior, makanya para pembaca akan mudah larut dalam HKC. Perasaan juga akan turun-naik-macam-naik-rollercoaster, jadi bersiap-siagalah anda semua!

Ps: Kesinambungan kisah Hareez dalam Yang Dia Pilih ;P

Happy reading (^-<)

Khamis, 14 Ogos 2014

Setelah Hati Dimiliki



Setelah Hati Dimiliki
Rozita Abd. Wahab

ISBN: 9789831248010
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 560
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Aku rasa ending tak best. Hmm...kenapakah? hahaha ;P

Full review: 13/08/2014

Buku yang menemani perjalananku ke pantai timur. Konon mahukan cerita penuh konflik, sudahnya aku yang lelah nak menghabiskannya. Tak pasti kenapa, kurang rasa... hati kering?

Ini kisah Auni Filzah [Auni] yang menjadi ‘isteri terjun’ buat Fikri; tunangan adik sendiri yang menikah dengan orang lain. Seksa? Amat... ngilu rasanya bila sang suami tak pernah memandangnya sebagai isteri. Namun, lebih terseksa bila saja mereka sudah bisa menerima susun atur takdir, mereka diuji pula dengan rahsia diri Auni.

Auni rupanya pernah berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Difikirkan rahsianya akan terikat kemas, manakan tahu akhirnya ia terbuka jua. Kasih yang baru bersemi terlerai jua. Pergilah Auni membawa diri, bila dirinya sudah bagai sampah di pandangan Fikri.

Dalam diam rupanya Auni sudah lama diintai Adam; bekas adik ipar sendiri. Tapi Fikri datang memujuk. Kekesalan dan rasa rindu pada Auni makin menggila bila Auni diceraikan. Jujur, aku lebih suka rupanya scene memujuk Fikri tu. Nampak benar dia bersungguh ingin meraih kembali kasih sayang Auni.

Dan, aku bersetuju dengan pendapat seorang sahabat. Kalau mahukan pengakhiran yang berbeza buat Auni-Adam, plot-plot di hujung sepatutnya lebih fokus pada cerita mereka berdua, bukannya pada scene pujuk rayu Fikri. Ini tup-tup... eh? Selamat pengantin baru, Auni!

Ending? Rasanya aku sudah beri hint tadi hahaha.

Happy reading (^-<)

Something About You



Something About You
Julie James

ISBN: 9781101185805
Penerbit: Berkley Sensation
Tarikh Terbit: Mac 2010
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~

Not that heavy-thriller romance coz I found the killer’s identity in the very beginning. Meh? But, still, I enjoyed this book as the story flowed smoothly.

It has a simple, yet a good plot that will keeps you interested. Well, I managed to finish it in one setting... phewitt.Yay!

Both main characters were VERY VERY likeable. Hot, witty, funny... I can feel their connections, their chemistry. I’m giving full marks for super-drooling FBI Agent; Jack Pallas *wink*, and not to forget, Cameron. I really adored her character - strong and intelligent, well pretty much one of my fav characters.

I’ve already fallen in love with Julie James! Gonna read her next book. Waaa.... aja-aja fighting!

Happy reading (^-<)

Khamis, 7 Ogos 2014

Hijab Sang Pencinta



Hijab Sang Pencinta
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831243855
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Ogos 2008
Halaman: 510
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~


"Haryani..bagaikan puteri," kata Saifudin tersenyum sedikit. 'Namun... Ratna tetap ratu dihatiku.' Suara hatinya pula yang berbicara [pg343]


Walau bagaikan puteri, belum tentu dapat menawan sukma sang laksamana. Tahniah sang Ratu! *lompat bintang*

Full review: 07/08/2014

Ambil masa lama untuk habiskan ini. Sajalah, rindu pada Ratna mencengkam sukma... exaggerated! Hahaha

Secara peribadi, aku suka storyline yang ini dalam kesemua siri Sunan. Aku suka cara RAM menyusun jalan ceritanya, teratur dan lebih memudahkan sebenarnya. Agak berlainan dengan siri lain, yang mana kebiasaannya RAM aci redah je campak ke semuanya, sekejap berlatar belakangkan kurun ke-15, sekejap terlontar ke abad 21.

Kali ini, dalam pengembaraan Sunan menegakkan syiar Islam, dia pula yang dihambat ke relung masa. Sunan mengembara ke abad 21. Waaa... don’t like! Walau aku tak boleh menyembunyikan tawaku berkenaan Sunan memakai jeans tapi aku masih tak suka setting di zaman Haryani tu. Haihh... nampak sangat aku bias hahaha

Berbalik pada cerita Sunan, dia dalam perjalanan dari Aceh ke Tanah Melayu akibat kerinduan yang maha hebat pada keluarganya. Apatah lagi dengan mimpi ibu dan isterinya bersama, dia makin tak senang duduk. Apakah itu tanda ibunya sudah tiada?

Tapi perjalanan pulang tak mudah buat sang laksamana. Dia berhadapan pula dengan Manggala [asal usul Manggala diceritakan dalam siri ini], Guntur dan Sari yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara [dalam siri pertama dulu] dan juga kehadiran Putri Kober Gandring yang turut berdendam dengan Melaka. Namun, apa yang lebih menyakitkan hatiku bila membaca momen sang Sultan Melaka. Aduhaiiii...  mujur Datuk Bendahara tu orangnya panjang akal.

Dan, ya! Pastinya siri penamat trilogi pertama ini perlu dihalusi betul-betul. Apakah Haryani bisa menjadi puteri di hati Saifudin? *wink*

Ok, done! Next book!

Happy reading (^-<)