Aktviti Membaca!

Selasa, 19 Ogos 2014

Hati Kala Cinta



Hati Kala Cinta
Hani Fazuha

ISBN: 9789831247174
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2011
Halaman: 560
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ada satu saat, aku rasa nak laga-lagakan je kepala si Zhafran dengan si Lya ni. Masing-masing tak reti nak mengalah! Haihhh...

Full review: 18/08/2014

Cerita yang mudah hadam sebenarnya, klise? Ya, tapi aku suka kisah ni. Cuma, perjalanan kisah Zhafran-Lya ni panjang benar. Berliku-liku sebelum nak capai bahagianya.

Dua sahabat baik yang dah tergelincir dari sempadannya. Namun, yang seksanya bila seorang dah mengaku, yang seorang lagi buat tak tahu. Ditambah dengan kehadiran watak tambahan yang annoying seperti Nurin. Oh, hoi! Yang suka setengah mati pun pasti akan kata tak suka bila saja keluarga dipertaruhkan.

Perhubungan kekeluargaan yang rapat antara kedua-duanya membuatkan pasangan ni susah nak berenggang. Walaupun Lya mahu, ada saja part yang buat dia lemah dengan Zhafran. Paling rumit bila ada pinangan keluarga Zhafran buat Lya! Jeng jeng jeng... aku terkenang cerita si Joe Jambul pula.

Sejak akhir-akhir ni, aku jadi kurang sabar nak baca part tarik-tali-jual-mahal ni. Macam kedegilan Lya untuk mengakui rasanya pada Zhafran, ha... ada rasa nak jerit kat telinga Lya kuat-kuat! Belum masuk part tak-reti-bahasa si Zhafran! Huh. Ok, aku emo! Hahaha ;P

Dan, watak Hareez tu aku macam suka pula [kenapa ayat sebaris ni pun aku buat perenggan? Hahaha... ada makna tu!]

Hasil karya penulis senior, makanya para pembaca akan mudah larut dalam HKC. Perasaan juga akan turun-naik-macam-naik-rollercoaster, jadi bersiap-siagalah anda semua!

Ps: Kesinambungan kisah Hareez dalam Yang Dia Pilih ;P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))