Aktviti Membaca!

Khamis, 14 Ogos 2014

Setelah Hati Dimiliki



Setelah Hati Dimiliki
Rozita Abd. Wahab

ISBN: 9789831248010
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 560
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Aku rasa ending tak best. Hmm...kenapakah? hahaha ;P

Full review: 13/08/2014

Buku yang menemani perjalananku ke pantai timur. Konon mahukan cerita penuh konflik, sudahnya aku yang lelah nak menghabiskannya. Tak pasti kenapa, kurang rasa... hati kering?

Ini kisah Auni Filzah [Auni] yang menjadi ‘isteri terjun’ buat Fikri; tunangan adik sendiri yang menikah dengan orang lain. Seksa? Amat... ngilu rasanya bila sang suami tak pernah memandangnya sebagai isteri. Namun, lebih terseksa bila saja mereka sudah bisa menerima susun atur takdir, mereka diuji pula dengan rahsia diri Auni.

Auni rupanya pernah berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Difikirkan rahsianya akan terikat kemas, manakan tahu akhirnya ia terbuka jua. Kasih yang baru bersemi terlerai jua. Pergilah Auni membawa diri, bila dirinya sudah bagai sampah di pandangan Fikri.

Dalam diam rupanya Auni sudah lama diintai Adam; bekas adik ipar sendiri. Tapi Fikri datang memujuk. Kekesalan dan rasa rindu pada Auni makin menggila bila Auni diceraikan. Jujur, aku lebih suka rupanya scene memujuk Fikri tu. Nampak benar dia bersungguh ingin meraih kembali kasih sayang Auni.

Dan, aku bersetuju dengan pendapat seorang sahabat. Kalau mahukan pengakhiran yang berbeza buat Auni-Adam, plot-plot di hujung sepatutnya lebih fokus pada cerita mereka berdua, bukannya pada scene pujuk rayu Fikri. Ini tup-tup... eh? Selamat pengantin baru, Auni!

Ending? Rasanya aku sudah beri hint tadi hahaha.

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. psttt, endingnya si Adam yang dengan Auni??

    BalasPadam
  2. Soleh...

    no..no..no..
    hemm.. mcm dah lama x baca karya otai Rozita ni...
    tp... bila ckp mcm berjangggut nak abis tu.. kena fikir balik lah... hehhehehe

    BalasPadam
  3. Soleh S
    Shhh...rahsia. Nak tau? Baca sendiri..ahaksss :P

    Salam Madam Lola,
    Hee..silakan baca ML. Tak lama sangat kot nak habis, standard tebal novel biasa :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))