Aktviti Membaca!

Selasa, 18 Mac 2014

Yang Luar Biasa



Yang Luar Biasa
Hani Fazuha, Farah Husain, Anna Lee, Syah Shah

ISBN: 9789671226728
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: Disember 2013
Halaman: 636
Harga: RM27

~ Rasaku… ~

3.5*

Credit to Mai :D

Full review: 17/03/2014

Kredit pada diri sendiri kerana berjaya menghabiskan kisahnya ketika dalam keuzuran hoho :P

Rangkuman 4 buah kisah pendek yang manis-manis belaka tapi taklah terlalu bergula seperti edisi terhad terdahulu.

Yang Luar Biasa -- indah.
Cerita ni aku ukur keindahannya dengan ada konflik dalamnya. Kalau dijadikan novel penuh, pasti ramai yang suka. Cuma aku sedikit terganggu dengan perkataan ‘yang luar biasa’ di setiap perenggan, di setiap bab. Ending agak ‘mengejutkan’. Gitu je ke? Alaaa... baru teringat, ini cerita kontot-kontot ye, che Rina! *wink*

Diary Mrs Ben -- santai.
Tapi aku tak suka si Ben 10 tu hahaha. Bagaimana ya ukuran cintanya? Kata cintakan Sofia setengah mati tapi masih ada masa untuk berpeleseran dengan Fiona [?]. Hmm... tapi takpe, yang penting ada ending manis untuk Ben-Sofia.

My Slurpee Slurp! -- hitam-putih.
Ada aura badboy, I likeee hoho. Tapi aku lebih suka kisah Isteri Soleh Suami Solehah. Mungkin sebab aku baca kisah tu dulu. Cuma ya, ending tu aku suka. Buat yang suka baca bab terakhir, pasti ada rasa tertipu [aku la tu hahaha :P]. Dan aku nampak nama Fawwaz di sini. Wah! Tak sabar mahu baca kisah penuh Fawwaz.

Dear Cinta -- comel.
Suka dengan cara penulis mengawal watak Tasneem & Ariff. Suka bagaimana gigihnya Ariff ‘mengajar’ Tasneem. Ia bukan hanya semata-mata kerana Tasneem, ada rasa yang tertinggal rupanya dalam hati. Dan kisah cinta comel yang diletakkan di halaman terakhir ini adalah pelengkapnya. Sungguh. Manis.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. eh...baru terperasan review ni.
    Yang Luar biasa...pd stp page mmg mengganggu. haha...~Belum baca kisah dari hati. masih mencari. dh jumpa nnt boleh komen lagi

    BalasPadam
  2. donworibehepi,
    Hee..akak je kot yang rasa camtu. Orang lain cam ok je :D
    Ha, sila-sila. Nak pinjam akak punya pun boleh.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))