Aktviti Membaca!

Rabu, 19 Mac 2014

Sepi Tanpa Cinta

Sepi Tanpa Cinta
Damya Hanna

ISBN: 9831241622
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 11 - 2009
Halaman: 496
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

3.5*

Kalau ikutkan, aku dah baca kisah ini dulu. *wink*

Haziqah. Mulanya dia rapuh, tapi semangatnya bisa diraih semula. Ya, walaupun difitnah, pelamin angannya musnah [serius, aku memang ingat lagu ni masa mula baca hahaha], ibu seakan-akan membuangnya, malah sang suami yang baru menikahinya pergi begitu saja... Haziqah boleh melaluinya. Abaikan tangis hibanya, adatlah tu tapi dia masih teguh berdiri. Bukan calang-calang ok. Cuma akhir-akhir cerita, egonya boleh tahan sama dengan sang suami.

Dan aku tahu, hati ibunya; Aminah tu. Bukan dia sengaja berlaku kejam pada Haziqah. Tapi kerana dia seorang ibu, dia mahu yang terbaik untuk anaknya walau mungkin terpaksa membuang anaknya. Yup... tegarnya hati seorang ibu huhuhu *tetiba ingat mak*

Fakrul. Walau mulanya aku mual dengan sikap lelaki ini, tapi kemudiannya aku simpati pula. Itulah, dah ada depan mata tak dihargai. Kan elok bawa berbincang, ini main selamba tuduh tanpa usul periksa. Cemburunya ya ampun! Ha, nasib tak merana badan.

Yusri. Mudahnya lelaki, meletakkan hukum tanpa diselidik. Goyah sungguh cintanya, dan bila sedar kembali memang wajar dia ditolak tepi. Azura tu macam biasalah, watak perempuan antagonis dalam novel Melayu. Tapi rasanya jahat lagi si Melati tu. Memang luar biasa dendamnya pada Haziqah. Part Siti Sakinah, buat aku teringat kisah Zahlia-ibunya dalam Bicara Hati. Ada persamaan sikit.

Isi ceritanya mudah sebenarnya tapi jalan Haziqah tak mudah. Namun janji Allah itu pasti, bahagia itu ada buat insan yang tak pernah mengalah.

Penulis prolifik Alaf 21, sentuhannya tak perlu dipersoalkan. Bagaimana beliau memancing rasa ingin tahu hinggakan aku setia menghadap novel ini dalam masa sehari.

Dan ya, aku masih lagi sedang cuba melengkapkan koleksi peribadiku. Sesiapa nak jual novel-novel DH, boleh contact aku *iklan* hahaha :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))