Aktviti Membaca!

Jumaat, 14 Mac 2014

Dari KLCC ke Tanjung Malim


Dari KLCC ke Tanjung Malim
Fdaus Ahmad

ISBN: 9789671169735
Penerbit: Dubook Ceritera
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 156
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Lama dalam pegangan bukan sebab tak best, tapi aku terlupa kat mana buku comel ni 'menyelit' hikhikhik

Full review: 14/03/2014

Kalau rasa nak tersengih-sengih boleh cuba buku comel ni. Secomel saiznya, comel lagi isinya hikhikhik

Masih seputar tentang hidup si penulis bersama Cikgu Kuala Kubu dan si Fateem, cuma ada penambahan seorang lagi ahli keluarga. Tahniah! Dan ya, aku terus teringat kes makan di KFC tu. Serius. Bukan sekadar tersengih, nyaris nak tergelak besar tapi terus control cun sebab aku sedang duduk dalam kereta api :P

Isinya masih ringkas. Yalah, ini kan catatan di dinding blog. Walaupun ringkas, masih ada rasa menyengat. Di beberapa halaman, langsung menusuk kalbu. Ia bukan sekadar catatan, tapi ada peringatan yang dikongsi di sebaliknya. Terserah kita untuk mengutipnya atau hanya larut dalam isi cerita dan kemudiannya tutup buku tanpa ‘simpan’ sedikit isi ceritanya.

Kita semua ada pelbagai kisah menarik sejak kecil hinggalah kini. Itu yang dikongsi oleh Fdaus Ahmad. Dan pada mereka yang mahu mengimbau kenangan, silalah ambil ruang untuk membacanya. Ada manis, pahit dan masam-masam manis. Indah! Hidup kita sebenarnya memang cukup indah. Alhamdulillah :))

Ps: Credit to Ajib.

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Happy Mind,
    Ala..ni akak pun pinjam :))

    BalasPadam
  2. Airina, macam menarik je buku ni. Tapi macam perasan ada tajuk yang hampir sama dengan ini. Bersirikah? Mana satu perlu baca dahulu?

    BalasPadam
  3. AdH,
    Tak bersiri sebenarnya. Boleh baca mana-mana dulu. Cuma, biasanya orang akan baca Dari Tanjung Malim ke KLCC dan baru baca yang ini. Bezanya tahun diterbitkan je :))

    BalasPadam
  4. Ok terima kasih atas info. Bilalah boleh beli. Haha,, konon berpuasa beli buku sekarang ;)

    BalasPadam
  5. AdH,
    No prob. Enjoy reading ya :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))