Aktviti Membaca!

Rabu, 19 Mac 2014

Di Sisimu Aku


Di Sisimu Aku
Fatin Nabila

ISBN: 9789831248126
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 608
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Dari 3.5*, aku genapkan 4* -- hanya kerana si hero kedua yang 'tertinggal'. Puan penulis, ciptalah kebahagiaan untuk si hero ni, dalam naskhah terbaru, mungkin? ;))

Full review: 18/03/2014

Aku setuju dengan review Sis Norazah, cerita ini pada dasarnya biasa-biasa saja. Tapi ada rasa yang tinggal usai membacanya. Rasa yang dekat di hati, ehem... hahaha :P

Aman & Qeena. Sukarnya menjadi kawan baik bila masing-masing gagal mengawal rasa. Indahnya perhubungan mereka bukan hanya atas tiket persahabatan, tapi ada tali-persaudaraan-kasih-sayang yang menjadikan mereka serasi bersama.

Namun, Aman tak menyangka perhatian yang diberi pada Zeyra mengganggu-gugat perhubungannya dengan Qeena. Keadaan memaksa, bukannya Qeena rela tetapi salah seorang daripada mereka harus berkorban. Memilih antara rasa kasih yang terpendam atau kasih sayang sebuah keluarga. Mana ya yang lebih penting? *wink*

Masa berlalu tapi rasa tetap tinggal dalam hati. Kasihan Qeena! Nampaknya batas waktu tidak memungkinkan dia melupakan Aman. Apatah lagi, kasih sayang dan budi yang dihulurkan oleh keluarga Aman. Cuma, keadaan masih lagi sama. Menyukarkan mereka berdua untuk bersama. Salah faham, tidak mahu berterus-terang punca mereka makin jauh. Tapi, benarkah jauh di mata, dekat di hati? Ha, tu kena baca sendiri.

Padaku watak Qeena cukup sifatnya. Dibantu pula dengan gaya penceritaan dan olahan yang cukup mencengkam jiwa. Begitu juga dengan watak Aman dan Zamir, pastinya. Ya, aku juga suka dengan Zamir tu. Puas dia cuba mengajar Qeena untuk memilih bahagia sendiri, tapi akhirnya dia juga yang mengundur diri. Oppss... terlebih pula hahaha :P Dan ya, watak Zeyra tu memang menjadi. Haihh... mujur dalam novel.

Aku lebih suka novel ini daripada SHN. Dan ya, ada juga pelbagai hujah cinta yang diselitkan. Tapi bila bicara tentang hati, susahnya nak menilai cinta yang mana harus dipegang atau dilepaskan pergi.

Apa pun naskhah ni punya petikan menarik yang boleh dikumpul sebagai quotes. Dan aku kongsikan petikan ayat di bawah. Moga sampai ‘rasanya’ buat kamu semua. ;))


Andai ada masa lalu yang menghalang, belajarlah melupainya. Semua orang ada masa lalu. Masa yang mungkin bukan untuk kita. - pg 397


Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. sudah bosan baca novel melayu. Nak rehat baca buku melayu~~

    BalasPadam
  2. Happy Mind,
    Owh! Patutlah dia senyap je. Takpe, baca buku lain dulu..slow & steady sis :D

    BalasPadam
  3. Macam mana nak beli novel ni ye??saya nak sangat baca novel ni.. Tpi sya xtau nak beli dekat mana sebab sya dduk dekat setapak ni sya pgi semua kedai bku xjmpe novel ni..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Mungkin kedai buku dah tak jual sebab buku lama ni. Boleh try beli online dengan Alaf 21 atau mphonline.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))