Aktviti Membaca!

Selasa, 25 Mac 2014

Hai Darling!

Hai Darling!
Badrul Hisham Shari

ISBN: 9789830973586
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 183
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Betapa tidak seriusnya kita dengan solat. Betapa cuai dan main-mainnya kita terhadap ibadah solat. Bayangkan, usia kita sudah semakin sampai ke penghujung, tapi kualiti solat kita masih macam budak tadika. - pg 164

Perghh..kena setepek! Pheww..pheww..

Full review: 25/03/2014

Pada mulanya aku pilih buku ini kerana aku fikir ianya cerita santai je. Tapi silap, memang silap sendiri kerana suka judge book by its cover *wink*.

Kisahnya memang santai. Macam aku tonton Upin Ipin -- lihat dua beradik tu dengan pelbagai idea untuk bermain, dan dalam mereka bermain tu kita dapat ilmu kan? Ha, begitulah santainya isi cerita buku ini. Tapi ya, santainya bukan kosong semata.

Bukan setakat kisah sang suami isteri, ia merangkumi keseluruhan isi rumah tangga tu. Ada tentang anak-anak dan juga paling penting sekali ilmu ibadah kita. Melengkapkan diri dulu bukan mencari dia untuk saling melengkapi. Allahu Allah! Terasa kerdilnya diri!

Tak mahu cerita banyak. Boleh cari dan baca kisah santai yang padat dengan mesej ini. Sesekali terasa pedih juga bila baca hoho.. mana taknya, banyak yang kena setepek di muka. Pheww..pheww...

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Airina,
    Teringat buku ni dihadiahkan masa kawan kahwin. Dari kurang membaca, dia jadi minat membaca. Mujurlah ada manfaatnya pada dia suami isteri. Kui3. . Yelah, biasa orang kahwin dapat barang-barang keperluan kan. Sesekali tukar angin beri buku. Cuma kalau agak-agak kawan tu memang tak suka membaca baiklah jangan ambil risiko. Hehe

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Sis AdH ;))
    Hee... buku bermakna ni kalau dihadiahkan buat pasangan baru berkahwin. Betul juga, ada masa kalau kita beri buku, ada juga sesuatu yang boleh kita share bersama. Buku tarikh luputnya tiada, lagi-lagi kisah motivasi begini.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))