Aktviti Membaca!

Jumaat, 28 Mac 2014

Awek Pisang Goreng

Awek Pisang Goreng
Syah Shah

ISBN: 9789671192573
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: Oktober 2013
Halaman: 504
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

2* untuk isi cerita
1* untuk penulisnya :D

Suka bila ada penulis lelaki yang boleh cerita santai & buat aku tersengih sendiri semasa membacanya.

Ps: Kredit to KZ

Full review: 26/03/2014

Bila dah baca karya lain penulis, aku pada mulanya memang susah nak masuk. Mungkin kerana aku lebih menyukai cerpennya. Atau, mungkin sebab aku terganggu dengan monolog dalaman si heronya. Tapi dek kerana ianya menggunakan POV pertama, maka ia banyak menyelamatkan keadaan. 

Tidak dapat tidak, aku teringat pada kisah KSC karya Rehan Makhtar. Masih di pentas yang sama, iaitu kisah sang lelaki yang jatuh cinta pandang pertama pada si gadis belasan tahun. Gaya terlebih sweet itu seakan-akan sama cuma kerana gaya pengolahan penulis menjadikannya comel-santai-sengih-kambing. Lagipun, ini hasil tangan penulis lelaki, tanpa madah pujangga menjadikan ianya lebih mudah hadam. Dan aku suka lah hiperbola yang digunakannya, kena dengan tempat dan gaya.

Konflik yang ada pun tak sampai aku rasa nak luku si pelaku itu laju-laju. Baik kehadiran Dr Maryam dan Khai, bagiku cukup takat celah gigi *wink* Cuma, kasihan juga dengan che Senah bila enche Daus tetiba high pitch hikhikhik

Walaupun disampaikan dalam nada santai dan kelihatan biasa-biasa saja, tapi masih ada yang boleh dikutip. Dan ada juga beberapa part yang makan dalam.. perghh.. Tapi itu kalau kita mahu ambillah, ingatannya diselit dalam nampak-tak-nampak je.

Memang seronok layan novel ni masa tengah serabut kerana takde konflik yang membunuh jiwa. Dan, kalau ikutkan aku boleh beri rating yang lebih banyak tapi ada juga beberapa scene yang aku rasa boleh dikurangkan, itu my personal preference. Apa pun aku tunggu kisah Fawwaz, tak tahu kenapa suka benar aku dengan wataknya :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))