Aktviti Membaca!

Isnin, 6 Januari 2014

Jah & Od_Soulmate Selamanya


Jah & Od_Soulmate Selamanya
Ainin Naufal

ISBN: 9789670201863
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Oktober 2013
Halaman: 476
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

2.5*

Mood cuti. Review? Esok-esok je la
:P

Full review: 06/01/2014

Pernah berborak dengan kakwan akan usia yang sesuai untuk baca buku ini. Aku kata aku remaja purba, jadi mungkin cerita ini boleh ‘masuk’ dengan jiwa. Tapi nampak gayanya, aku sebenarnya memang sah dah masuk era makcik-maktok. Cerita sebegini bukan lagi ‘makanan’ kegemaran aku *wink*

Aku tiada masalah dengan premis cerita. Benar. Mungkin sebab sudah acap kali baca kisah kawan-baik-jadi-suami. Tapi aku harus akui, kalaulah cerita ini dibaca dalam dua atau tiga tahun lepas, aku tak teragak-agak untuk beri 4 bintang :D

Gaya bahasanya mudah. Santai. Tapi mungkin perinciannya tak cukup untuk aku. Ruang cerita hanya fokus pada Jah & Od. Ya, dah memang kena dengan tajuk novel pun. Tapi jangan dilupa watak tempelan yang sebenarnya turut mewarnai - Johan, Julie & Ikmal. Tak salah rasanya watak-watak yang beri kesan masam-masam-manis ini diberi ruang untuk berkembang. Dan jujur, aku sebenarnya lebih suka Johan dengan Jah. Eh! hahaha [haihh.. Rina! Banyak songehnya!].

Namun, apa pun aku masih suka dengan gelagat Jah-Od. Ada masa perlakuan Jah-Od itu mengingatkan aku pada zaman nakal-nakal dulu. Kenangan, walau dihambat waktu. Ada masa terbuai juga. Indah!

Sebelum terlupa, kredit kepada keluarga JS Adiwarna. Baru ingat kenapa buku ini diterima. Review/kisah pendek yang ditulis sesuka hati diterima sebagai pemenang salah satu contest #hariharisayangadiwarna pada tahun 2013. Macehhhh...

Ps: Aku rasa aku macam dah kekurangan frasa untuk menulis review panjang-panjang..hoho  Mungkin sudah ‘tua’ agaknya! :P

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

What say you?
Do comment... but please state your name :))