Aktviti Membaca!

Jumaat, 3 Januari 2014

31 Mei Gerhana Mentari Cinta


31 Mei Gerhana Mentari Cinta
Nass Alina Noah

ISBN: 9789670448305
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mei 2013
Halaman: 808
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Aku masih fikir rating apa yang harus diberi..hmm.. *wink*

Full review: 02/01/2014

NAN ada gaya tersendiri dalam melakar ceritanya. Sungguh. Barangkali sebagai penulis senior, beliau sudah cukup arif bermain dengan kata-kata dan bahasa puitisnya. Cukup rasanya padaku.

Cuma aku ada masalah untuk memahami rentak cerita ini. Jiwaku tidak terpikat dengan apa-apa pun. Baik pada Puteri atau Hakimi. Malah aku fikirkan aku akan suka pada watak Charlie. Tapi, sampai ke sudahnya aku masih tidak juga begitu. Maaf ya!

Ceritanya ada banyak mainan konflik perasaan. Antara Puteri dengan Hakimi, kemudian ada terselit watak Syakir Adli yang tidak waras. Bagaimana Puteri melayan Syakir Adli dengan tidak gayanya. Ya, ampun! Aku tertanya-tertanya yang Puteri ini sebenarnya ok ke tidak? Perasaannya ada masa tak selari dengan akal dan perbuatannya. Sekejap macam terlalu baik hati, ada masa sangat daring dan menakutkan.

Ujian. Walau seberat mana, kita harus teruskan kehidupan. Puteri aku kira sudah bangkit, tetapi di rumah Hakimi [setelah menjadi isteri Hakimi lebih tepat lagi], seolah-olah hilang arah. Kekeliruan dan ketidakpuasan hati mengubah sikap Puteri.

Dan dalam diam rupa-rupanya Hakimi ada rahsia tersembunyi. Rahsia yang membabitkan keluarganya dan Puteri. Apakah rahsianya? Ha, sila baca sendiri! hahaha :P

Jujurnya, aku tiada masalah dengan gaya bahasa dan pengolahan. Aku suka semuanya. Tetapi ya, mungkin ini bukan cerita aku. Bukan ‘my cup of tea’ bak kata omputih.

Ps: Aku tak rasa ini review, ia lebih kepada rasa hati aku selepas membaca novel setebal 808 halaman ini. Pheww..

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))