Jangan Benci
Cintaku
Emy Roberto
ISBN: 9789671192597
Penerbit: Penerbitan Idea Kreatif
Tarikh Terbit: November 2013
Halaman: 500
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
"Ada ayat yang lebih umph
lagi daripada tu tak? 'Saya cintakan awak' is too mainstream."
"Hmm... jangan benci cintaku. Hate me not." [page 499]
Nak habis pun ada mainstream hohoho
Full review: 20/01/2014
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta
tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. [potongan ayat di belakang novel]
Jauh ke dalam dasar hati, ayat di atas
adalah apa yang aku dapat simpulkan setelah menutup novel ini. Bagaimana ya nak
gambarkan apa yang aku rasa? Sebagai anak muda yang rasa hal couple itu patut
ada, tapi masih ada penulis yang mampu sedarkan aku tentang hal-hal sebegini.
Cinta itu boleh datang bila-bila masa. Couple bukan persoalannya, yang penting
hati kita. Cara kita handle perhubungan kita sesama manusia.
Ehem. Betulkan tune! Dah macam luahan hati
pula hahaha
Baiklah, sebenarnya aku cukup terhibur
dengan novel ini. Walaupun masih mengangkat kisah cinta-aturan keluarga, klise
novel Melayu. Tetapi cara ia dipersembahkan, sangat tidak sama dengan lambakan
kisah cinta yang sedia ada. *lompatbintang*
Apa yang aku suka, pastinya:-
1. Plot yang mudah dan tersusun. Setiap
satu isi yang mahu diceritakan tidak caca-marba. Ada adegan flashback yang
sangat membantu. Memang tak pusing kepala nak faham kerana jalan ceritanya yang
smooth.
2. Watak-watak yang berkesan. Setiap
wataknya diberi ruang yang cukup untuk berkembang. Solid. Walaupun ada masa
memang rasa tak hingin nak baca kisah si Husna tu *wink* Malah kehadiran watak
si cilik Mia, yang aku tak ‘kenal’ [Yalah, ini novel pertama penulis yang aku
baca], cukup mengesankan. Tidak melebih-lebih.
3. Kisah pasangan suami isteri yang
biasa-biasa. Kahwin-tanpa-cinta-jatuh-cinta-konflik-happy-ending. Yay! Apa yang
aku paling suka adalah bagaimana penulis menekankan isu – bahagia itu pilihan
kita.
4. Cara pengolahan/graf penceritaan –
hampir sempurna. Ada pelbagai rasa yang hadir masa baca, menunjukkan betapa
penulis pandai ‘bermain’ dengan ceritanya. Sedikit demi sedikit membina rasa
teruja, sakit hati, gembira, menangis hinggalah ke titik penamatnya.
Dan lain-lain? Rasanya boleh baca review
teman di GR. Mereka sudah mengupas isi cerita novel ini dengan baik sekali,
lebih baik daripada aku. Alhamdulillah, lepas ni boleh pelan-pelan duduk diam
*wink*
Kurang satu rating tu sebab aku kurang
gemar akan bahasa pasar. Bukan kerana skema, tidak. Cuma ada beberapa perkataan
yang kalau kita google pun akan bawa maksud yang berbeza, makanya ayat tersebut
juga sudah lari maknanya.
Apa pun aku sangat berpuas hati. Dan untuk
penulis Non-Malay, pujian yang tersangatlah tinggi buat penulisnya. Aku pula
yang rasa, “Perghh... Kau boleh ke tulis cam ni Rina oi?” Memang taklah
jawabnya hahaha
Ps: Credit to N & Mai. Nanti-nanti kita
jumpa lagi ;))
Happy reading (^-<)