Aktviti Membaca!

Khamis, 30 Januari 2014

Nota Airina: ‘Penjaga’ Buku

Aku ada masanya pelik, hmm.. bukannya selalunya pelik ke? hahaha

Aku suka cium bau buku, lagi-lagi buku berkertas kuning. Dan bila dapat buku baru, aku buka karung plastiknya dan hirup aromanya. Perghhh... mengancam habis!

TAPI...
Aku cukup tak suka baca buku yang tidak berbalut. Entah kenapa, aku rasa something wrong somewhere kalau baca buku tak berbalut. Jadi, lepas beli dan buka buku tu, aku balut [macam takde kerja lain?] pula. Mudah je, balut dengan plastik buku biasa tu.

Kalau aku masa tu takde hati nak baca, buku tu aku simpan balik dalam gobok. Dan bila mood baca datang macam ribut, gobok buku digodek habis-habisan. Jumpa pula buku yang tak dibalut tu, aku pakaikan ‘baju’ hahaha

Eh! Bagaimana ‘baju’nya?
 
Aku tempah di sini.


See... aku dah kata tadi, aku memang selalunya pelik *wink*

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Airina, dulu memang saya rajin sampul novel yang saya ada. Esp novel-novel penulis yang saya suka. Tapi sekarang dah tak berapa nak rajin. Haha. Tapi, novel yang saya sedang baca memang akan dipakaikan 'baju' sebab senang nak angkut masuk handbag. Taklah rosak buku kan? ;)

    BalasPadam
  2. Hajar,
    Kan? Sayang punya pasal sanggup tu pakaikan 'baju' hahaha :P
    Bukan apa, saya masih terkenangkan betapa susahnya dulu nak beli buku dan bila dah dapat kita memang jaga elok-elok :))

    Sentimental value sebenarnya kalau projek membalut buku ni *wink*

    BalasPadam
  3. Betul3. Tapi tak rajin balut buku sejak kerja. Huhu. Sesekali tergerak nak balut buku, memang berjam-jam hadap. Puas hati dapat balut buku. Habis buku suami, adik ipar, anak-anak dibalut. Sebab next time untuk balut buku entah bila pula; )

    BalasPadam
  4. Sis AdH,
    Hee...saya ni pun masa nak baca tu baru balut. Kalau tak, haihhh...tak rajin juga. Tu yang pakaikan bajunya :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))