Aktviti Membaca!

Isnin, 20 Januari 2014

Jangan Benci Cintaku

Jangan Benci Cintaku
Emy Roberto

ISBN: 9789671192597
Penerbit: Penerbitan Idea Kreatif
Tarikh Terbit: November 2013
Halaman: 500
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

"Ada ayat yang lebih umph lagi daripada tu tak? 'Saya cintakan awak' is too mainstream."

"Hmm... jangan benci cintaku. Hate me not."
[page 499]

Nak habis pun ada mainstream hohoho

Full review: 20/01/2014

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. [potongan ayat di belakang novel]

Jauh ke dalam dasar hati, ayat di atas adalah apa yang aku dapat simpulkan setelah menutup novel ini. Bagaimana ya nak gambarkan apa yang aku rasa? Sebagai anak muda yang rasa hal couple itu patut ada, tapi masih ada penulis yang mampu sedarkan aku tentang hal-hal sebegini. Cinta itu boleh datang bila-bila masa. Couple bukan persoalannya, yang penting hati kita. Cara kita handle perhubungan kita sesama manusia.

Ehem. Betulkan tune! Dah macam luahan hati pula hahaha

Baiklah, sebenarnya aku cukup terhibur dengan novel ini. Walaupun masih mengangkat kisah cinta-aturan keluarga, klise novel Melayu. Tetapi cara ia dipersembahkan, sangat tidak sama dengan lambakan kisah cinta yang sedia ada. *lompatbintang*

Apa yang aku suka, pastinya:-
1. Plot yang mudah dan tersusun. Setiap satu isi yang mahu diceritakan tidak caca-marba. Ada adegan flashback yang sangat membantu. Memang tak pusing kepala nak faham kerana jalan ceritanya yang smooth.
2. Watak-watak yang berkesan. Setiap wataknya diberi ruang yang cukup untuk berkembang. Solid. Walaupun ada masa memang rasa tak hingin nak baca kisah si Husna tu *wink* Malah kehadiran watak si cilik Mia, yang aku tak ‘kenal’ [Yalah, ini novel pertama penulis yang aku baca], cukup mengesankan. Tidak melebih-lebih.
3. Kisah pasangan suami isteri yang biasa-biasa. Kahwin-tanpa-cinta-jatuh-cinta-konflik-happy-ending. Yay! Apa yang aku paling suka adalah bagaimana penulis menekankan isu – bahagia itu pilihan kita.
4. Cara pengolahan/graf penceritaan – hampir sempurna. Ada pelbagai rasa yang hadir masa baca, menunjukkan betapa penulis pandai ‘bermain’ dengan ceritanya. Sedikit demi sedikit membina rasa teruja, sakit hati, gembira, menangis hinggalah ke titik penamatnya.

Dan lain-lain? Rasanya boleh baca review teman di GR. Mereka sudah mengupas isi cerita novel ini dengan baik sekali, lebih baik daripada aku. Alhamdulillah, lepas ni boleh pelan-pelan duduk diam *wink*

Kurang satu rating tu sebab aku kurang gemar akan bahasa pasar. Bukan kerana skema, tidak. Cuma ada beberapa perkataan yang kalau kita google pun akan bawa maksud yang berbeza, makanya ayat tersebut juga sudah lari maknanya.

Apa pun aku sangat berpuas hati. Dan untuk penulis Non-Malay, pujian yang tersangatlah tinggi buat penulisnya. Aku pula yang rasa, “Perghh... Kau boleh ke tulis cam ni Rina oi?” Memang taklah jawabnya hahaha

Ps: Credit to N & Mai. Nanti-nanti kita jumpa lagi ;))

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. kesimpulan nya shah dgn fika ke

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Maaf baru perasan komen & rasanya dah tau jawapan, kan?

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))