Aktviti Membaca!

Khamis, 30 Januari 2014

Motivasi Santai #Harian

Motivasi Santai #Harian
Fazley Yaakob

ISBN: 9789670342887
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Buku Prima
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2013
Halaman: 112
Harga: RM9.90

~ Rasaku… ~


"Jangan terlalu mudah menghukum dan mengata orang lain apabila diri kita sendiri pun takkan mampu jadi sempurna. Berhati-hati apabila memberikan pendapat mengenai seseorang kepada orang lain jangan sampai mengadu domba." - pg 108

"Jangan sensitif dengan kritikan, sebaiknya kita harus peka pada kritikan dan terbuka dengan teguran agar kita mampu jadi lebih sempurna." - pg 72


Alhamdulillah. Done! Patutnya buku comel ini boleh dihabiskan dalam masa 30 minit saja tapi dah tertinggal di atas meja, memang selamatlah buku ni ;D

Tapi ada baiknya tak cepat dihabiskan, baru aku boleh telan satu persatu. Semat elok-elok dalam hati, tanam dalam-dalam dalam otak. Kita tiada yang sempurna. Selagi bergelar manusia, ada saja yang kurangnya, ada saja salahnya.

Tepat seperti tajuknya, buku comel ini menghimpunkan petikan kata motivasi dari penulisnya. Cukup sesuai buat pengumpul quotes seperti aku hikhikhik

Muhasabah diri sendiri, Rina! Ingat sejauh mana melangkah, jangan lupa di mana tempat asalmu. Selancar mana jemari berkongsi rasa, jangan lupa menjaga santunmu.

"Biar orang buat jahat pada kita, tapi kita jangan buat jahat pada orang walaupun untuk balas dendam. Kerana apa-apa yang buruk tentang kita orang takkan lupa." - pg 31

Forgive and forget! Buat perkara tu Rina..buat sekarang! ;))

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))