Aktviti Membaca!

Khamis, 31 Oktober 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Jodoh Itu Milik Kita
Sara Aisha

ISBN: 9789670246147
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2012
Halaman: 766
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

3.5*

Lamanya aku ambil masa untuk baca kisah semudah ini? hahaha

Full review: 30/10/2013

Berborak secara maya dengan Kak Shahzy dan Mai, katanya kisah ini sudah ‘ditayang’kan di kaca TV. Amboi, Rina! Tu pun tak tahu hahaha. But seriously, nasib baik ada informer seperti mereka :))

JIMK punya opening yang cukup tragik. Kudos! Antara sebab kenapa aku mahu baca dan baca kisahnya walaupun kesinambungan selepasnya itu sudah boleh ditebak awal-awal. Tetapi terima kasih cik penulis kerana tidak menjadikan kisah selepas kahwin Dahlia dan Aariz sebagai kisah i-hate-you-hate-me. Tidak.

Sedikit berlainan bila kisah kahwin-terpaksa-tanpa-cinta ini, masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan takdir yang tiba-tiba menyatukan masa depan mereka. Tanpa diduga baik Aariz dan Dahlia boleh saling bertoleransi dalam membina hubungan mereka. Give and take. Bukan menyalahkan diri atas ketentuan-Nya. Itu lebih menyenangkan minda. Hati pun jadi tenteram bila tiada kisah sang suami mendera atau memaki-hamun si isteri sesedap rasa.

Adegan-adegan yang mencuit hati antara Aariz dan Dahlia memang sweet. Saling ambil masa untuk menyedari yang cinta sebenarnya sudah terbit di hati. Cuma ya, aku letih dengan adegan tarik tali si Aariz tu. Gayanya dah tak ubah seperti perempuan yang putus harapan. Cett.. mana perginya brutal si Aariz? hohoho

Dan sebenarnya lah kan, bila saja Aariz dikatakan ada sejarah hitam yang menyakitkan. Minda sudah terasa yang Aariz ni ex-taiko hahaha. Sengal! Tapi yalah, Aariz tak sudah-sudah mengatakan yang dia tak layak untuk gadis sebaik Dahlia. Ditambah pula dengan gaya Syafiq yang ada masanya begitu menggeruni abangnya. Manalah aku tak fikir lain. Tapi sejarah Aariz memang menyedihkan. Penulis bijak memanipulasikan kisah Aariz ketika kecil itu. Momennya dilakar dengan baik, haih… terharu jugalah dibuatnya.

Keseluruhannya aku cukup terhibur dengan JIMK. Laras bahasa yang mudah dan santai, plot yang kemas dan tersusun memang menyenangkan para pembaca untuk membacanya dengan sekali hadap.Walaupun mungkin sedikit meleret, tetapi ia ditamatkan dengan baik sekali.

Dan aku harus mengakui kata Dyh, aku jatuh kasihan pada Syafiq. Lelaki itu ada luka yang amat dalam. Menyedarkan aku ada masanya seseorang itu bertindak kerana mahu melindungi hatinya daripada terluka lagi… mungkin dia tak rasional, tapi hatinya. Siapa yang lebih arif tentang hati kalau bukan diri sendiri, kan?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))