Aktviti Membaca!

Selasa, 26 Mac 2013

Untuk Dia & Subhanallah Aku Mencintainya


Untuk Dia & Subhanallah Aku Mencintainya
Rehan Makhtar

ISBN: 9789671165812
Penerbit: Ilham Bestari Publication
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Disember 2012
Halaman: 200 + 162
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Aku dah baca yang UD tu, jadi tak mahu komen lagi. Sila ke blog untuk jengah hasil edisi siasat ;))

SAM bukannya sambungan, cuma dek kerana watak kali ini adalah Zafrina, adik kepada hero-hero dalam cerita sebelumnya. Maka dah bagai novel bersiri je.

Masih mengekalkan kisah yang santai, kali ini kisah cinta Zafrina-Zayed pula yang diberi perhatian. Kalau perasan dalam novel KSC, ada terselit watak Zayed di hujung-hujung cerita. Tak silap masa delivery baby ketiga Zafran-Anaresa.

Zafrina sudah lama memendam rasa pada Zayed; seniornya ketika zaman belajar lagi. Kemudiannya saling bertugas di sebuah hospital yang sama menyebabkan hubungan mereka bertambah erat. Cuma yang menjadi masalah buat Zafrina, dia tak tahu di mana letaknya dia dalam hati si jejaka itu.

Sudahlah Zayed buat macam tak tahu, umur Zafrina pula makin meningkat. Walaupun mama dan ayahnya tak bising, tapi segan juga. Maklumlah dapat kakak ipar pula kedua-duanya lebih muda daripadanya. Tetapi sebenarnya, dia sudah rasa letih menunggu. Jadi, azam barunya untuk lari daripada Zayed.

Namun makin lari, makin dekat pula si Zayed menghampiri. Lagi-lagi bila kemunculan si kasanova – Ziyad. Wah! Nama pun dah dekat-dekat, pastilah jejaka berdua ni ada kaitannya. Hmm, jadi yang mana pilihan Zafrina. Kekal memuja Zayed atau memilih lelaki baru untuk dicintai?

Cerita yang mudah dengan happy ending. Tak payah fikir banyak dan rasanya takde masalah pun kalau nak baca dalam masa sehari. Masih ada lagi kesalahan typo, sedikit menganggu rasanya. Aku baru perasan yang novel kali ini telah diterbitkan oleh syarikat baru penulis[?]. Kalau aku tak salah, sebab terpandangkan alamatnya. Tahniah ya!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))