Aktviti Membaca!

Selasa, 26 Mac 2013

Andai Rindu Bersambut


Andai Rindu Bersambut
Ellis Gee

ISBN: 9789833880829
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – 2009
Halaman: 469
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Pertamanya ini novel yang dibaca tahun lepas yang kemudiannya aku peram. Dan ketika tercari-cari novel mana yang patut dibaca, aku terpandang kembali novel ini. Aku terus capai sebab hati dah kata, kalau tak baca sekarang mungkin sampai ke sudah aku tak baca kih5

Kisah sepasang suami isteri yang mana rumah tangga yang rukun damai sedang bergolak. Ini semua gara-gara munculnya orang ketiga dalam hubungan mereka. Priscillia tidak pernah menduga, kesetiaan selama ini dibalas tuba. Kelvin benar-benar sudah berubah. Perempuan simpanan bukan hanya satu, malah di sekeliling pinggang. Rupanya Kelvin sudah terbiasa bertukar-tukar pasangan.

Hati isteri mana yang tak hancur. Bila ditanya, Kelvin tak mahu mengaku. Dan akhirnya pertengkaran sering saja berlaku. Si kecil Kelly yang menjadi mangsa kedua-dua ibu bapanya.

Aku tak faham dengan Priscillia sebenarnya. Tak mahukan Kelvin, tapi setia juga. Sudah benci tapi masih rindu. Hailoh... sungguh! Aku geram dengan wataknya. Seperti kata Ragu dan Dora; kawan pasangan ini, Priscillia boleh ‘berdiri’ sendiri tapi masih tidak mahu. Sudahnya rela disakiti berulang kali, asalkan Kelvin tak lupa menyediakan segala keperluan mereka anak beranak. Nasib baik ending ok.

Idea ceritanya aku suka. Sedikit berbeza daripada yang lain cuma mungkin gaya bahasanya buat aku rasa lemau. Terasa seperti membaca kisah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia atau mungkin silapnya sebelum ini aku baru selesai baca satu karya yang tinggi alunan bahasanya, jadi saat memegang novel ini aku terus rasa doom...jatuh!

Sebenarnya aku lebih banyak skip daripada membacanya. Maaf! Aku rasa tolong jangan ikut rating yang diberi. Cubalah baca dulu, mana tahu ada yang berkenan di hati ;))

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))