Aktviti Membaca!

Rabu, 10 Oktober 2012

Ayah Kita Bos


Ayah Kita Bos
Tok Rimau, Sinaganaga

ISBN: 9834300700
Penerbit: Tidak dinyatakan [?]
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2006
Halaman: 160
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Lama rasanya aku tak membaca blook. Jadi ketika memulakan membaca AKB, aku perlu betulkan tune aku sedikit kih5

Tak dapat dinafikan membaca AKB bisa buat aku tersengih dan ada masanya senyumanku melebar. Cerita pendek-pendek yang sememangnya catatan dua orang blogger terkenal itu cukup menghiburkan. Ringkas, padat dan terselit lakaran kartun yang menarik.

Penulis bercerita tentang diri mereka – pengalaman dan kisah hidup hari-hari. Ada yang kelakar, sinis, sedih dan pelbagai lagi. Namun dalam mereka menulis itu tetap ada makna. Cuma mungkin kita perlu melihatnya daripada pelbagai sudut. Dan jujurnya aku lebih menyenangi catatan Tok Rimau. Ampun ya Sinaganaga! *wink*

Seperti mana aku 'melihat' Catatan NizamSani, aku juga cuba 'melihat' AKB dari sudut dimensi yang sama. Sayangnya aku terlupa, ketiga-tiga mereka penulis yang berbeza. Jadi pastinya 'kesan'nya turut berbeza.

Kredit pada Kak Ummu Auni yang meminjamkan naskhah comel ini padaku ;))

Ps: Resensiku kontot saja. Ada rupa blook tak? kih5 ;P

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Welma La'anda,
    T/kasih. InsyaAllah, selagi saya mampu ;))

    BalasPadam
  2. Terimakasih. Buku Tok yg terbaharu, Timbul Tenggelam. Terimakasih kpd Sinaganaga kerana membenarkan buku baharu ni sbg buku solo. Ha ha ha

    BalasPadam
  3. Tok Rimau,
    Sama-sama kembali :)) Wah! Menarik. Akan dicari nanti.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))