Aktviti Membaca!

Khamis, 18 Oktober 2012

Seadanya Kamu

Seadanya Kamu
Iman Xara

ISBN: 9789675118807
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 460
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

SK ni bagaikan satu cebisan pada novel penulis sebelumnya - Kau Curi Hatiku. Aku kata begitu kerana ada terselit tentang Arissa-Firdaus di sini. Lagipun ada kisah tentang Zulfa dan Aswad. Pasangan ini kebetulannya saling bersangkut-paut dengan watak utama novel ni ;D

Julia, gadis yang mandiri. Walaupun datang daripada keluarga yang agak senang dan kaya dengan kasih sayang dia masih gigih berusaha untuk mencapai masa depannya. Mungkin kerana itu dia mengelak untuk menyambut huluran cinta Wafiy. Bukannya tak menyukai Wafiy tetapi padanya cita-cita itu lebih hebat daripada cinta. Namun dalam meniti perjalanan hidupnya, dia terjatuh jua. Dek kerana dendam si Elis; teman serumahnya hidup Julia kucar-kacir. Dunianya tak seindah dulu, malah apa yang menyakitkan dia perlu meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy.

Mujur dia punya keluarga yang menjadi penyokong kuat. Walaupun pada mulanya ayahnya sendiri sukar menerima akan kenyataannya. Sejarah hitam itu perlu dikambus elok-elok. Anaknya itu adalah anugerah yang paling bernilai. Sama bernilai dengan kehadiran Damia ;)) Kehadiran Damia pula umpama rahmat terutamanya buat Zulfa dan Aswad. Si kecil yang tak berdosa itu ditatang bagai minyak yang penuh.

Namun siapa sangka hati Zulfa berubah bila dia pula disahkan mengandung. Damia ditolak tepi. Alahai, kasihannya! Aku suka cara Aswad meladeni isterinya itu. Walaupun Damia hanya anak angkatnya, tetapi dia tetap jua tidak melupakan Damia. Si kecil yang mewarnai hidup mereka selama ini ;))

Dan untuk Julia pula, hidup perlu diteruskan. Walaupun hatinya terkoyak seribu, semuanya perlu dijahit kembali. Tetapi siapa yang sudi menjahitnya? Wafiy atau pun Firas? Jeng jeng jeng... kehadiran Firas sememangnya aku tunggu-tunggu. Entahlah sejak akhir-akhir ini, aku lebih suka kalau ada hero kedua dalam sesebuah kisah cinta kih5

Novel ini membuatkan aku terfikir sesuatu. Seperti mana aku 'mengenali' Duha [Langsir Biji Remia], rasa luka itu tetap akan ada tetapi persoalannya sekarang, apakah kita mampu menerima diri kita seadanya?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))