Aktviti Membaca!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Senyum Sampai Langit

Senyum Sampai Langit
Syasyaja

ISBN: 978967511883
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mei 2012
Halaman: 483
Harga: RM20



~ Rasaku… ~

SSL ni asalnya karya online - Beautiful Night yang pernah tersiar di blog penulis. Aku tak baca habis pun rasanya kih5 Maaf ya! Maklumlah, aku ni kan pelik sikit. Kalau nak baca cerita bersiri ni, selalunya akan cari yang sudah habis dulu. Baru senang nak mula [bukan senang nak mula, senang nak tahu apa kesudahannya ;P]

Aufa si remaja yang dahagakan kasih sayang dan perhatian ayahnya; Tan Sri Norman. Sejak berkahwin lain, Tan Sri Norman gagal menjadi suami dan ayah yang baik. Ayahnya senantiasa melebih-lebihkan ibu tirinya hingga mengabaikan mereka. Aufa kemudiannya memilih untuk mengubah paradigmanya tentang perkahwinan. Dia merasakan bahagia itu perlu dicari bukannya hanya duduk pasrah menanti.

Dalam sibuk mencari calon suami, ibunya mencadangkan Aqil, anak kenalannya. Aufa menolak, padanya Aqil itu jejaka poyo habis. Lagipun Aqil tak sweet macam Bruno Mars *wink* Tetapi jodoh bukannya di tangan-tangan yang boleh kita ambil dan buang sesuka hati. Itu kan rahsia Allah ;))

Medan perkahwinan Aufa-Aqil santai saja. Ada tiada dugaan itu rasanya tidak terlalu kronik bertepatan sangat dengan tajuknya. Mungkin penulis mahu para pembacanya terus senyum sampai langit! Baik Aufa atau Aqil, rasanya tak susah pun nak jatuh suka dengan pasangan ini. Dan aku cukup suka bila penulis tidak 'memburukkan' lagi Lisa sebabnya aku suka pengakhiran si Lisa dan Meor. Eh! Boleh tulis pasal pasangan ni kot lepas ni? *wink*

Novel ini disampaikan dengan cukup mudah. Sesuai dengan penulisnya yang masih muda, jadi tiada konflik yang berjela-jela atau pun perkara yang bikin kita sakit kepala. Tetapi mungkin ada perkara yang perlu diambil kira. Misalnya penggunaan ayat/perkataan yang terlalu kerap. Satu-dua kali tidak mengapa tetapi kalau ianya diulang sehingga tiga-empat kali dalam satu muka surat, aku [aku ya bukan orang lain] akan mudah rasa bosan.

Sebenarnya ada rasa gerun juga bila nak mengulas novel comel [kulit novelnya comel sangat!] ni bila ada catatan khas di muka depan. Jadi harapnya resensi biasa-biasa ini dapat menepati piawaian best cik penulis ;))

Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan [blurb novel]

Ps: Dik, jujurnya nama bulanhijau itu lebih cun dari Syasyaja *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))