Aktviti Membaca!

Jumaat, 28 September 2012

CAT 1: Bila Waktu Telah Berakhir

Assalamualaikum...

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
[Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir]

Sudah cukup seminggu arwah pakcikku pergi. Kesannya masih sama namun alhamdulillah kami semua berjaya mengharunginya. Walaupun zahirnya kami sudah bersedia, tetapi bila saatnya tiba hati ini terkoyak jua. Pedih. Sakit. Luka. Namun kami redha... masanya sudah tiba.

“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” - Hlovate, Contengan Jalanan


Nota V: Kuutus rindu

Pada semilir angin
Aku pinjamkan bayunya
Moga dilayangkan rasa rindu
Yang mencengkam jiwa

Pada alunan ombak
Aku selitkan rindu
Agar geloranya menghempas si dia
Yang nun jauh di sana

Pada kicauan burung
Aku nyanyikan lagu rindu
Agar melodinya terbang berirama
Terbias dalam sanubarinya

Sayangnya…
Aku alpa
Apakah dia mampu merasainya?
Sedangkan aku tahu
Tempatnya bukan lagi di sini….

Moga dia baik-baik saja
Di sisi-Mu, ya Rabbi

*Puisi untuk dia yang sudah tiada. Al-Fatihah…

CAT adalah akronim bagi - Cik Airina Tulis. Ia adalah catatan peribadiku setelah MP akan melabuhkan tirainya kelak. Jadi aku akan pindahkan sedikit demi sedikit entry di MP di sini. Tak banyak, jangan risau kerana GA adalah tempat aku kongsikan rasa buku bukan rasa hati.
Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. innalillah~ pakcik kau sakit apa? Aku s0kong kau selitkan ckit kisah kau dalam blog ni :D Tapi klu nak lg ok, kau btla page lain utk label CAT ni. Bt kat setting. 1blog, 2 page atau erti kata lain 2 in 1 :)

    BalasPadam
  2. Fira Hilwa,
    Arwah ada kanser.

    TQ dear! Aku masih berfikir2 nak buat page ke tidak kih5 ;)

    BalasPadam
  3. takziah dear. be strong..
    er,MP nak kena tutup dah ke? dah lama x sempat jengah MP ni..:(

    BalasPadam
  4. AimieAfifah,
    Thanks sis ;)

    Haah, bukan tutup sepenuhnya tapi mereka sekarang fokus pada e-business. Jadi jaringan sosial akan dikurangkan. Sebelum apa-apa, saya akan pindahkan ke sini :D

    BalasPadam
  5. owh...kakchik juga kena berusaha utk pindahkan ni...:) thanks for info

    BalasPadam
  6. AimieAfifah,
    Hee ;)) You're most welcome sis!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))