Aktviti Membaca!

Khamis, 27 September 2012

Sunan Musafir

Sunan Musafir
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831247891 
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mei 2012
Halaman: 469
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Lama benar aku 'peram' review novel legasi Sunan [Saifuddin] ini. Nak buat bagaimana, kalau tiap kali menulis, otak seakan-akan tidak mahu melepaskan Sunan pergi... ewah!!! Dan rasanya aku tak perlu nak cerita panjang mengenai novel terakhir tentang Laksamana Sunan kerana aku tahu sudah ramai yang 'bercerita' tentangnya. Eh, ngelat! *wink*

Susah sebenarnya nak mencari ketidaksempurnaan Sunan, tetapi dalam episod terakhirnya ini penulis sudah mencatatkannya. Sunan nyata tidak cukup kental bila dia perlu berdepan dengan belenggu cintanya. Biar dipujuk, dirawat dan diasuh hatinya untuk redha, namun bila berdepan dengan Ratna mantan Ratu Sulaman nyata hatinya hancur luluh. Fikirannya terganggu apabila mendengar khabar isterinya itu masih hidup. Namun apa benarkah itu Sang Dewi yang dicintai?

Aku benar-benar teruja membaca cerita bangsa Polip. Entah mengapa, aku lebih menggemari Indera [Saifullah] daripada Andika, putera tunggal Saifuddin *wink* Namun tak dapat aku elakkan yang watak Andika juga sebenarnya lekat di hati. Anak lelakinya yang berdarah muda itu, yang tak tahu apa-apa tentang ayahnya lebih senang digambarkan. Begitu juga teman Andika, Gadul. Oh, lupa! Kalau bercerita tentang anak Sunan, maksudnya kita berada di tahun 1531. Di mana Sunan ketika itu bermukim di Pinggir Hulu Melaka, mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri di jalan Allah. Dikenali pula dengan nama Kiai Kelana, langsung menenggelamkan nama Laksamana Sunan itu sendiri ;) Tetapi kalau dah namanya Sunan, darah pendekar pastinya hidup. Walau mungkin sudah bersara, namun bila diuji terbongkar jua segala rahsianya.

Dan yang lain-lain? Memang kena baca sendiri lah. Tak berapa seronok nak cerita banyak-banyak sebab nanti membunuh rasa ingin tahu kamu semua. Apa yang pasti penamat ini adalah pelengkap buat kisah agung Laksamana Sunan. Walaupun pada dasarnya, penulis sendiri mengakui ianya hanyalah fiksyen semata-mata tetapi apa yang nyata Sunan akan terus 'hidup' dalam diri para pembaca [baca: peminat].

Pengembaraan Sunan berserta sahabat-sahabatnya dalam novel terakhir ini ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Jadi, bersediakah anda? *wink*

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Berapa bintang? Ramai cakap novel ini menarik. Kalau benar bagus, saya akan membelinya.

    Saya hanya baca Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

    Bermula dari Cinta Sufi dan seterusnya saya belum baca.

    BalasPadam
  2. Penagih Tegar,
    Saya bagi 5 bintang sebab ini penamatnya. 1 bintang tu sebab akhirnya ada ending yang manis buat Sunan ;) Kalau fikirkan bagus, saya lebih suka Hijab Sang Pencinta.

    Bila awak sebutkan sirinya baru saya perasan saya tak pernah buat review bukunya yang lain kih5

    BalasPadam
  3. Boleh sy tahu, Andika tu anak Saifudin dgn siapa ye?.. dia ada kawin dgn siapa2 slps Ratna ke?

    Sy xbaca novel cinta sufi dgn sutera bidadari.. terus skip baca sunan musafir.. hehehe...

    BalasPadam
  4. Eliza Rosella Beth,
    Pastinya dengan Ratna. Dia kan tiada kekasih lain ;D

    Hee.. saya ada baca tapi mungkin akan dibaca sekali lagi. Buat marathon mungkin *wink*

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))