Aktviti Membaca!

Isnin, 20 Februari 2012

Fiksyen 302

Fiksyen 302
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 978837247464
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Disember 2011
Halaman: 512
Harga: RM21.00


~ Rasaku… ~

Kisah kali ini bermula dengan pembunuhan kejam oleh pembunuh yang mengalami masalah mental. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan yang Farid Ja’ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka sendiri menghubungi polis. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar mereka amat kabur.

Kehadiran Noorhafiza Izura; peguambela yang dilantik untuk membela Lan Lani menimbulkan lebih banyak persoalan. Puas dia menjejaki siapa itu Zonan yang disebut-sebut oleh Lan Lani. Namun tiada langsung klu. Apakah Zonan itu hanyalah halusinasi Lan Lani? Tetapi mengapa kes pembunuhan lain turut mengaitkan Zonan? Siapa sebenarnya Zonan itu? Dia juga sering saja diingatkan yang jangan sesekali percaya. Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Kemudian melangkau ke tahun 2032 – di mana seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri [salah seorang pakar psikiatri adalah bekas doktor piskiatri keempat-empat pembunuh mangsa 302] bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj dan kisah lama bagaikan dihidupkan kembali. Mampukah Rita Yuzalina membongkar jenayah fiksyen 302?

Novel ini mengingatkan aku dengan kisah Rahsia Perindu di mana RAM membongkar masalah psikiatri. Dan rasanya aku lebih suka ‘masalah psikiatri’ Amylia-Leopard berbanding dengan yang ini kerana kisah Farid-Dina Din tidak begitu menjadi. Atau pun mungkin kerana sebelum ini masalah mental dan psikiatri telah dikupas dan di-twist dengan baik dalam novel sebelumnya, ia sudah tidak jadi umphh untuk kali keduanya? Mungkin...

Tetapi seperti biasa, RAM memang gemar bermain dengan banyak teka-teki terhadap watak-wataknya. Membuatkan kita jadi keliru, tak faham dan tak sabar nak tahu siapa, kenapa dan bagaimana semua itu terjadi. RAM memang tak akan membiarkan jantung kita berdenyut biasa. Dan seperti novel-novelnya terdahulu, penggunaan masa adalah senjata utama untuk menggerakkan ceritanya. Jadi bersiap siaga lah anda, jangan sampai ketinggalan.

Kadang-kadang terlintas di fikiran – tak mudah sebenarnya menjadi seorang RAM. Beliau perlu bekerja keras dalam menghasilkan setiap novelnya. Perlu bijak bermain dengan keadaan, konflik dan masa untuk membuai emosi setiap para pembacanya. Dan tak salah kalau aku katakan yang beliau perlu berfikir dua kali lebih ke hadapan berbanding orang lain untuk melestarikan sebuah manuskrip yang menarik. Ya, aku tabik dengan kegigihan RAM dan kebolehannya memanupulasi minda pembaca. Just awesome!

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. setakat ni x jmpe lg novel ni kat kedai..best kan ram..hebat sgt..pemikiran dia lain dr yg lain

    BalasPadam
  2. Baru baca tak sampai 30 muka surat sudah letak kembali ke rak. Bosan dan kurang daya penarik untuk kekal meneruskan pembacaan.

    BalasPadam
  3. aku tgh baca novel ni. baru bab 8, pdhal baca dh beberapa minggu dh.. :D
    ramai kata novel ni ala2 Rahsia Perindu tp setakat ni aku tak nampak lg persamaannya, mungkin di bab seterusnya...tp rahsia perindu buat aku pening & terus aku kategorikan novel tu novel paaaling tak best drp RAM.. hoho

    BalasPadam
  4. Eera Shera,
    Mungkin sold out agaknya. Novel RAM selalunya begitu kan, laku macam goreng pisang panas!

    Pei Pan,
    Ceritanya memang agak meleret. Bosan di awal-awalnya. Seperti yang saya tulis. Mungkin 'permainan' dengan isu psikologi kali ini tak begitu menjadi.

    Fira Hilwa,
    Hahaha... sampai pening ya! Ni mesti kes kau rindu dengan si pahlawan gagah Sunan tu :P
    Episod terakhir Sunan akan keluar bila-bila masa. Nantikan!

    BalasPadam
  5. Saya baca RAM Fiksyen 302 ini pada masa saya kenal RAM je, penulis lain tak berapa umph time tu...lagi 1 sebab duit takde dan mampu beli RAM je dulu. So, novel ni habis dalam sehari je...saya suka cerita Fiksyen 302 ni. Sapa cakap pening? Xdelah...okey je. Dari awal sebenarnya saya dah tau sapa pembunuhnya...haha.terror dak saya ni

    BalasPadam
  6. Happy Mind,
    Ya, memang RAM sangat awesome! Hihi...pandai teka ye? Hai..dah takde can la RAM nak 'main-main'. Semua orang dah boleh baca 'pergerakan' RAM hikhikhik :P

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))