Aktviti Membaca!

Isnin, 13 Februari 2012

Jerat

Jerat
Dayang Noor

ISBN: 9789671038468
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama September 2011
Halaman: 303
Harga: RM20.00


~ Rasaku… ~

Jerat bermula dengan tragedi pembunuhan dua orang dan satu cubaan membunuh yang gagal. Agak mengujakan pada plot awal ini. Namun kemudiannya ia kembali perlahan. Agak lambat nak tunggu klimaks. Mungkin kerana ia bermain dengan dunia IT, dunia tanpa sempadan hingga aku hampir-hampir saja tenggelam dengan penggunaan istilah-istilah dunia pengkomputeran yang digunakan. Namun jalan ceritanya masih dapat diikuti dan difahami.

Mengisahkan Shereen yang terselamat daripada kemalangan yang sengaja dicipta. Namun apabila dia sedar, ternyata kemalangan itu turut meragut ingatannya. Dia tidak dapat mengingati apa-apa pun. Dan di saat ini dia perlu bangun semula dan membina kembali kehidupannya. Dalam mengharungi dunia yang nampak kelabu di matanya, dia berkenalan dengan Tash dan Melia. Bila kembali ke pejabatnya dia bertemu pula dengan Adele, Rizwan, Yazid dan teman-teman sepejabat yang memang sudah dilupakan.

Dalam mencari dirinya sendiri, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah dia membongkar rahsia itu? Dan apakah kaitannya pembunuhan kejam dan kemalangannya dengan sebuah tender IT yang bernilai RM400 juta?

Penulis bijak bermain dengan watak-wataknya. Bagaimana membina watak Shereen setelah tersedar daripada koma, watak Tash yang muncul di saat Shereen di hospital, kehadiran Melia yang banyak menimbulkan tanda tanya mahupun Rizwan yang nampak seperti mangsa keadaan. Beliau menulis dengan mudah dan ringkas. Tidak terlalu kompleks, cuma ya tak salah kalau aku katakan jalan ceritanya agak predictable.

Bercuti dengan Jerat nampaknya tak begitu mengujakan. Tetapi ya, penamatnya masih mengekalkan ciri-ciri yang sesuai dengan objektif Fixi. Karya pulp fiksi moden dalam Bahasa Melayu. Ditambah dengan epilog yang agak surprising, tak cliché. Satu penyudahan yang terbaik.

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Haih...lajunya baca! Lepas habis satu sambung satu. *Dengki*

    Buat masa ni jadi tukang jual buku Fixi je lah nampaknya. Belum mampu habis baca semuanya. Masih tersengguk-sengguk nak habiskan Kelabu.

    BalasPadam
  2. waaa dari dulu nak cari buku fixi tapi tak terbeli-beli. cerita ni ada sikit macam ramlee awang murshid punya penulisan tak? :)

    BalasPadam
  3. Pei Pan,
    Laju ke? Ikutkan purata buah buku dah menurun kepada 4 buah sebulan..tak laju la berbanding lepas.
    Selamat membaca! :D

    Fira Hilwa,
    Cari dan beli cepat. Tiada la kalau nak dibanding dengan RAM sebab gaya bahasa RAM ni lain tak urban sangat macam penulis-penulis Fixi. Mereka ni kan banyak guna bahasa rojak!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))