Aktviti Membaca!

Isnin, 6 Jun 2011

Novel Jadi Drama/Filem

Dah lama nak tulis tentang ini tetapi asyik bertangguh je. Dengan mood masih malas menaip review, aku terasa mahu tulis cerita tentang ini kih5 :P

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan tanah air [baca: Malaysia] makin meriah dengan kisah-kisah drama atau filem yang diadaptasikan daripada novel.

Dulu pun dah ada macam drama Tak Tercapai Akalmu [Cinta Pertama], Dari Mata Arissa [Kau Sayangku], Tangisan Bulan Madu, Kau Laksana Bulan, Trilogi Cinta [Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, Tiada Lagi Mimpi], drama & filem Lembing Awang Pulang ke Dayang, teater Salina di Istana Budaya [dijangkakan tahun ini. I'm waiting for this!], doku-drama Manikam Kalbu, tetapi yang paling popular pastinya filem Lagenda Budak Setan dan drama Nora Elena [Kasih Yang Suci] yang makin meletup-letup di TV3 sekarang ini.

Akan datang akan ada filem Ombak Rindu dan teater Badai Semalam [tak berkesempatan nak beli tiket huhu5 ] dan Stanza Cinta [teringat Aween, aku belum baca yang ini hehe2] yang akan mula ditayangkan di TV3 19 Jun ini, serta 7 lagi novel yang bakal menjadi drama & telefilem. Novel terbitan Alaf 21 yang terlibat:-


1. Jauh – Aisya Sofea

2. Manisnya Cinta – Anis Ayuni

3. Kau Yang Satu – Nia Azalea

4. Tiada Yang Kedua – Sania Yasmin

5. Kau Untukku – Aisya Sofea

6. Bayangan Rindu – Anis Ayuni

7. Adam dan Hawa – Aisya Sofea

Maklumat lanjut, klik sini: Metro

Pronya? Pastilah menjadikan novel kembali popular. Ramai nak cari novel tu, penerbit pun akan mula sibuk cetak semula. Sekaligus nama penulisnya turut popular :D Aku suka yang ini sebab barulah ada di antara kita yang menyedari kita pun ada penulis-penulis yang hebat.

Yang tak bagusnya [my view], apa yang dijangkakan tidak seindah mana. Sebagai pembaca yang sudah 'menyelami' dan 'merasai' novel itu pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada apa yang dihidangkan di kaca televisyen. Betul! Itu yang aku mahu tetapi setakat ini tiada yang mampu mengesankan. Ada ketikanya terasa plotnya perlahan, watak-watak yang tidak kena pada tempatnya atau skrip yang longgar sedangkan isi novelnya tersangatlah superb [Macam tengok filem Ayat-ayat Cinta dengan baca novelnya, teramatlah lain!]. Aku memang minat menonton drama/filem tetapi biarlah ceritanya sama 'cantik' dengan novelnya. Barulah semangat nak tonton hik3 lalala5 :D

Tetapi mungkin aku kena sematkan di hati – imaginasi dan realiti TV tidak sama.

Walau bagaimanapun, aku sangat-sangat menantikan kemunculan Adam & Hawa. Mungkin sebab aku nak tahu siapa yang akan menjadi Adam? Pelakonnya mesti ada class, yang paling penting kena ada lesung pipit. Betullah, watak Adam kan begitu? hik3 lalala5 :P

Teringin juga lihat novel Ramlee Awang Murshid & Hlovate diadaptasikan. Pasti havoc! :D

Ps: Aku akan berkursus 3 hari + 2 hari cuti [balik kampung]. Till then, take care :D

Happy reading (^-<)

8 ulasan:

  1. kan..nak tau sangat sapa yang bawak watak kapten adam si jejaka pujaan tu..hehe..betul la.tak boleh harap yg tinggi2 sangat. biasanya novel yg dibuat drama tak la sebijik mcm dlm novel.terima je la =)

    BalasPadam
  2. hehe..nak tggu tgk siapa fuad dr kau untukku;)

    BalasPadam
  3. Eera Shera,
    Haah, memang tertunggu-tunggu siapa lah gerangan Kapten Adam tu :D
    Memang tak sebijik pun, sipi-sipi je ceritanya sama :D

    puteri_kebayan,
    Oh! Peminat Fuad ya? hehe2 Ok, mari kita tunggu sama-sama :))

    BalasPadam
  4. Stanza Cinta tu yg Nurul Halawati buat tu ke? ada novel tu aku beli tp aku tak baca pun lagi pdhal dh lama beli.. hehe
    wahh sekarang ni makin masyukk lah penulis novel, dari novel blh diangkat ke layar perak ke kaca tv.
    jom jadi penulis novel! duduk goyang kaki je dah blh dpt royalti... hehe

    p/s: pagi ni aku sedih sikit, bangun tidur tengok novel-novel dalam gobok dah bersepah atas lantai... anai-anai dah makan novel2 tu. habis koyak rabak. novel2 yang aku suka dia makan, novel2 yang aku tak suka elok je dia tak usik. jahat punya anai-anai! ggrr.. sabo jelah.

    BalasPadam
  5. Miss F,
    Ya novel tu, tepat sekali! hehe2
    Tak layak kot nak jadi penulis, tanggungjawab besar tu. Tulis blog pun culas kih5 :P

    Ps: Amboi! Anai-anai pun tau ke pilih novel yang best? hahaha5 Sabar okies! Bawa bertenang :D

    BalasPadam
  6. MANISNYA CINTA pon buat drama,hihii..novel ksygan hamba nih!..slama nie slalu trtanya2 gak,klau la novel ni jd film or drama ker,sapa ler plakon yg pling sesuai jd IFTI LIYANA yg manis n JIMI yg hensem tu..HIHIII,sgt2 la eksaited!harap2 la drama tu nnti best gler cam novel nye wlaupon xsama 100pratus..

    BalasPadam
  7. Saya tak tonton semua drama berteraskan cinta kerana tak baca novelnya. Ayat-Ayat Cinta hanya di novel, filemnya seakan kurang.

    Kata kawan novel Perempuan Berkalong Sorban biasa-biasa tapi bagi saya sebagai penonton filem, filemnya bagus sekali.

    Masih belum berjumpa dengan novel PBS

    BalasPadam
  8. just KD,
    Harapnya begitu lah ya. Moga dramanya sama hebat dengan novelnya :D

    Pei Pan,
    Bukan 'seakan' tetapi MEMANG kurang.
    Novel PBS pun belum ketemu. Tetapi saya memang setuju dengan kamu. Filemnya memang mantap!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))