Aktviti Membaca!

Khamis, 2 Jun 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku/Novel - Mei 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku – Mei 2011 sudah keluar. Tahniah kepada para pemenang :D








Seperti gambar di atas, aku bulatkan 'kurang 7 bulan lagi' dan menggariskan 'masa pula seakan tidak mengizinkan.' Setuju 100%.

7 bulan lagi, tetapi masa berlalu sekejap saja. Hujung bulan ini aku sudah mula sem baru [sem terakhir, insyaAllah], makanya pembacaanku sudah akan beralih arah. Fokus mungkin agak kurang di novel [boleh percaya ke? kih5 P].

Cuma bila tiba bahagian bahasa tu aku agak lemah sikit hik3 lalala5 Memang tak pandai pun bidang ini, tetapi tetap akan cuba :D

Aku mahu clarify sesuatu di sini. Apa yang aku tulis adalah perkongsian rasaku. Tidak mengejar apa-apa dan tidak juga mengharapkan apa-apa. Ini gobok alam mayaku. Moga kamu mengerti. Pinjam ayat Pei Pan :-



'Aku menulis untuk diri sendiri dan bukan untuk kamu.'



Apa yang kurasa tak sama dengan kamu. Jangan marah-marah! Lepak sudah hik3 lalala5 :P

Ps: Hutang review makin bertambah! ngee~~ bila nak tulis tu? :P

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Airina.. :)

    Jangan 'terjerat' dengan ayat 7 bulan itu :) bayangkan sahaja 7 bulan tu lambat lagi... hehehe

    Apa-apapun utamakan apa yang harus diutamakan, jika ada masa baru buat apa yang kita sukai yakni minat membaca novel kita -> itu yang kakwan buat sekarang!

    Tentang bahasa, kakwan tak ada masalah dengan bahasa Airina kerana Airina tahu apa yang boleh dan tak boleh dibuat ->contoh mana yang tak betul diitalickan itulah yang sepatutnya. Ada antara mereka, tanda bacaanpun tak jaga, sepatutnya lepas titik harus huruf besar, tapi masih juga tak dijaga. Sedih tau! :(

    Ops! terlebih sudah kakwan komen kat sini... hehehe apa-apapun kakwan tetap nantikan ulasan seterusnya daripada Airina.

    Selamat semuanya ya!
    ~kakwan

    BalasPadam
  2. Salam Airina...
    Kita hanya mampu menulis kata hati kita tanpa sesekali kita mahu orang lain menyukai apa yang kita rasa kerana 'rasa' setiap insan adalah berbeza...

    Betul KakWan..dahulukan dulu mana yang penting...moga minat membaca terus memacu diri untuk yang lebih baik...

    BalasPadam
  3. Miss F,
    Thanks fira :D

    ~admin~ @ Kak Wan,
    T/kasih kak, saya juga sedang belajar membaiki gaya penulisan :D
    Akan cuba hantar review tetapi mungkin agak slow la lepas ni hehe2

    aimie_afifah
    Salam aimie [akak@aimie?] :D
    Ya setuju! Tiap kita ada citarasa yang berbeza :))
    T/kasih, insyaAllah. Lagipun dengan membaca juga kita semua saling kenal kan?

    BalasPadam
  4. Sedang sambung MA? Hahaha saya pun baca semakin lambat [sebab tu saya tak suka kerja]

    BalasPadam
  5. Pei Pan,
    Kalau tak kerja saya takde duit huhu5 :P
    Bukan MA, baru BBA :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))