JUDUL: BIARLAH YM BERBICARA
PENULIS: HANNI RAMSUL
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
~ Rasaku… ~Sebuah karya
online yang diangkat menjadi senaskah novel. Syabas buat
Kak Hanni juga warga
penulisan2u. Sebagai
silent reader, aku lebih suka mencari cerita yang ringan seperti ini. Al maklumlah, membaca karya
online adalah cara melepaskan tekanan kerja
hik3 lalala5
Kisah tentang
Adiya Fatiha yang berkenalan dengan
Charming di medan
chatting –
YM. Menggunakan nama
Ugly Betty, Adiya Fatiha pada mulanya main-main je dengan Charming tu tapi tak tahu la pula bila agaknya cinta bertunas di hati. Bila sedar je, Adiya Fatiha mula memikirkan baik buruknya bercinta dengan hanya mengenal suara tanpa bersua muka.
Kerjaya Adiya Fatiha memungkinkan dia untuk sentiasa
online [terasa macam aku je hik3 lalala5] Jadi, ada masanya sempat juga dia bermain cinta dengan pujaannya itu. Adiya Fatiha digambarkan sebagai gadis yang menarik walaupun dia sebenarnya gadis yang
blur dengan persekitarannya. Mana tidaknya, dia turut diminati oleh teman-teman sepejabatnya malah dalam diam aksi dan tingkahnya turut menarik hati bos sendiri.
Encik Firdaus – gambaran watak bos ini nampaknya benar-benar membuai perasaan. Bekerjaya,
handsome, baik hati, suka tersenyum, pemurah dan pelbagai sikapnya yang baik-baik ditonjolkan. Malah Encik Firdaus dengan
slamber berjaya mengucar-kacirkan perasaan Adiya Fatiha dengan menyanyikan lagu
Dealova [Once] di malam aktiviti tahunan syarikat. Dalam diam sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh Encik Firdaus turut mengikat hati Adiya Fatiha.
Namun pada masa yang sama muncul pula sepupunya;
Abang Kamal. Memori lama menerjah kembali. Adiya Fatiha makin keliru. Apatah lagi emak kesayangan bagaikan merestui hubungan Adiya Fatiha dan Abang Kamal. Adiya Fatiha susah hati. Dia juga perlu membuat keputusan. Tanya pada hati, siapa pilihan? Abang Kamal, Encik Firdaus atau Charming?
Setiap plot disampaikan dengan ayat biasa dan cukup santai, sejajar dengan karya
online. Cuma, aku kurang berpuas hati kerana Adiya Fatiha; seorang akauntan itu boleh ‘naik pangkat’ menjadi setiausaha Encik Firdaus. Bagaimana pula kekosongan itu boleh berpindah ke tangan Adiya Fatiha? Namun tak perlulah difikirkan logik, asalnya pun ia cerita ringan yang penuh humor dan memang senyuman tak pernah hilang bila aku membaca cerita ini. Selak-selak di blog, nampaknya cerita ini bagaikan ada sambungannya. Benarkah wahai Puan Penulis?
hik3 lalala5 ;D
Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi. Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati… aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama indah cinta kita. Biarkan saja YM yang terus berbicara… [Blurb novel]
Ps: Pergilah Air Mata [PAM] – karya kedua Kak Hanni bakal menemui anda di pasaran pada Januari 2010.Happy reading (^-<)