Aktviti Membaca!

Selasa, 15 Disember 2009

Pelangi


JUDUL: PELANGI
PENULIS: SYUD, HLOVATE, NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Ceritera I
Pelangi – Syud

Cerpen pertama yang menggunakan tajuk cover. Pelangi cerita yang simple. Tapi ada terselit juga unsur-unsur yang aku rasa macam nak campak je watak si jahat tu hahaha Memang aku dah terlebih emosi la ;P

Cerita tentang anak yatim yang sudah terbiasa sendiri; Iman Aisyah. Iman menguruskan segala-galanya tanpa bantuan orang lain. Tidak inginkan simpati atau pun meminta-minta dari sesiapa. Keadaan ini banyak membantunya berdikari namun sayang sikapnya ini tidak begitu membantunya di alam perkahwinan.

Ketika dikatakan ada pinangan untuk dirinya, Iman mulanya membantah tetapi pertemuan demi pertemuan diaturkan, dia tak mampu menolak. Lamaran Usamah Razif diterima dengan hati yang terbuka. Memang bukan cinta tapi hati Iman tetap percaya itu jodohnya. Rasa geli hati pula dengan cara Usamah masa kali pertama datang ke rumah mak saudara Iman. Masih terngiang-ngiang kata hatinya… A smile, that drove my heart to the knees [Page 52] Nampaknya macam cinta jatuh di hati je? hik3 lalala5 ;P

Bercinta selepas kahwin mereka memang lebih menarik. Iman begitu pandai menjaga diri hingga ada masanya dia lupa dia kini dah bersuami. Usamah perlahan-lahan membimbing isterinya, tak dapat dinafikan cinta kian beraja di hati. Yes, he falling so hard with Iman ;D Alam percintaan mereka diuji. Bukan dengan calang-calang orang, tetapi si bekas kekasih Usamah yang mana pada waktu dulu itulah ratu dihati. Geram dengan Syarizad tu. Sampai hati je nak rosakkan rumah tangga orang.

Anda perlu membacanya sendiri untuk tahu kisah di hujung cerita pendek ini. Tak dapat dinafikan cerita ini terselit banyak lirik lagu. Di antara lirik-liriknya, yang paling aku suka pastinya di Bab 21. Lagu What Makes A Man [Westlife] - one of my favaourite song hik3 lalala5

“You nak corak apa?”
“Hmm?”
“Polka dot, stripes or plain?”
“Polka dot.”
[page 207]It’s reminds me something!


Ceritera II
Ked’s Story – Hlovate

Cerpen yang berkisar tentang budak-budak skater. Lebih tepat tentang Khalid Faizal [Ked] – Ked Flop of Wrath. Dunianya hanya pada skate tak berminat langsung dengan aktiviti lain. Mungkin kita selalu menganggap budak skater budak rosak. Tapi dalam cerita ini penulis membawa kita menyelami si Ked budak skater ala skema. Anak yang baik, abang yang mithali, kawan yang setia dan segalanya yang berpadanan dengan title skema. Dia juga bukan skater yang berpeleseran dengan perempuan.

Tapi segala-galanya berubah. Sedar tak sedar semenjak dia bertemu dengan Cik Nawal a.k.a Hadiah, dia mula merasakan sesuatu. Nawal punya aura yang buat dunia Ked berpusing-pusing, ceria disimbahi pelangi. Walaupun pada mulanya pertemuan mereka menyebabkan Ked keluar aura-amuk-tahap-ngeri tapi siapa tahu hadiah dari Hadiah bisa menyejukkannya hehehe

Mereka ni bertemu semula di Florida-Virgina. Kebetulan teman Ked, Hadi bercinta pula dengan Diana teman si Nawal. Hubungan yang terputus dulu bagaikan bercantum. Walaupun begitu, Ked ambil masa juga mengakui rasa cintanya. Setelah dia kembali ke tanah air dan bekerja barulah dia rasa benar-benar bersedia. Betullah kata penulis, ‘Cinta bukan mudah. Cinta bawa tanggungjawab yang berat ke bahu.’ [page 321]

Ending? Baca sendiri sebab ada twist juga di hujungnya ;D Cerpen dari Hlovate memang aku nantikan. Tapi sayangnya aku kurang berminat dalam karyanya ini. Mungkin dunia skate bukan duniaku tapi sentuhannya dalam cerita pendek ini masih ada kelasnya. Aku akan menunggu kemunculan Versus, tahun depan kan? hik3 lalala5 ;D

KedI ain’t a player. I play with decks, but not with girls [page 338]


Ceritera III
Rumah Kecil di Hujung Padang – Noor Suraya


Garapan Kak Su yang tak pernah menghampakan aku ;D Kali ni kisah Durrah, gadis manis nun di Pulau Duyung. Durrah dibesarkan oleh Tuan Haji Hambali sekeluarga. Anak yang dititipkan oleh Ungku Iskandar itu dijaga penuh kasih. Apatah lagi dalam keluarganya kesemua anaknya lelaki. Jadi, kasih sayang untuk puteri bongsu melimpah-ruah.

Ketika menginjak usia remaja, hati Durrah terpaut dengan Mubin anak kedua keluarga angkatnya. Hubungan itu mekar dan mereka berdua ditunangkan sebelum Mubin berangkat ke Jepun untuk meneruskan pengajiannya. Tapi jodoh itu tiada agaknya, Mubin beralih arah dengan memilih Aiko; gadis pingitan bunga sakura. Hati Durrah tercalar. Kemudiannya di saat neneknya meninggal dunia, dikhabarkan pula wasiat agar Nabil mengahwini Durrah. Aduhai, kasihannya Durrah! Tapi nasib baiklah tak jadi hehehe

Durrah bertekad ke Bandung tuk menjejak ayah kandungnya, Ungku Iskandar. Walaupun pada mulanya dia gusar dengan penerimaan keluarga tiri ayahnya tapi kerana rasa kecewa dan sakit hatinya dengan perangai 2 teruna Tuan Haji Hambali dia tetap teguh untuk mendiami tanah asing itu.

Di Vila Arini dia disambut dengan penuh mesra. Dalam keluarga barunya dia punya Ibu Rini, Tania, Nila dan Firman. Dari si bongsu kini dia sudah menjadi kakak atau mbakyu. Mungkin dengan gelaran kakak, Durrah kelihatan lebih matang di sini. Dia juga bertemu dengan Mas Heru bagaikan menyuntik semangat. Mudah pula Durrah ni terjatuh suka… tapi dengan Abang Haiqal main tarik tali pula.

Lupa nak beritahu Abang Haiqal ni anak sulung keluarga angkatnya. Alahai, semua adik-beradik angkatnya sukakan Durrah la hik3 lalala5 Jadi, siapa pilihan si dara manis ni? Bacalah ceritanya sebab ia happy ending ;D

Suka dengan monolog Haiqal yang ini - Aduh, patah hati lagi buah hatiku ini! [page 624]

Ps: Thanks to Kak CT Zuraimi yang melayan sms aku di kala orang sibuk mencari sarapan tapi aku pula sibuk menerjah halaman e-kedai hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))