Aktviti Membaca!

Selasa, 29 Disember 2009

Tautan Hati


JUDUL: TAUTAN HATI
PENULIS: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
TERBITAN: TELAGA BIRU SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel Islamik Malaysia ini memang aku nantikan. Puas mencari akhirnya bertemu juga. Aku beli secara online. So, credit to Sis Adhan ;D

Ia berkisar tentang dunia halaqoh yang menjadi intipati keseluruhan novel ini. Asiah Yusra; sang mawar berduri begitu gigih mengabdikan diri di jalan Allah S.W.T. Membantu dan membimbing rakan-rakan sebaya, menyelesaikan masalah hidup masing-masing. Malah pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama-sama untuk mengajak mereka semua mengenali apa itu halaqoh yang sebenarnya.

Kegigihan Asiah Yusra mentarbiah dan sikap tak mudah putus asanya dalam mengajak rakan-rakanya berhalaqoh seharusnya dipuji. Banyak rintangan yang berlaku. Apatah lagi rakan-rakannya itu bukanlah mereka yang terdidik sepertinya. Umpama monolog Asiah Yusra - Tarbiah itu seni, halus dan tak boleh dipaksa. Ia perlu berinteraksi dengan kerelaan dan fitrah manusia [page 75]

Imtisal – rakan Asiah Yusra yang menghadapi tekanan perasaan. Dia walaupun tinggi IQnya tapi ada masanya keliru dengan Penciptanya sendiri. Seringkali hati dan mindanya bertingkah, meragui keesaan Allah. Masalah itu meruncing hinggakan hampir saja dia hilang pedoman. Mujur ada Asiah Yusra yang membimbing.

Hindun – teman sebilik Imtisal. Gadis perengus yang suka menyindir Imtisal. Bukannya mahu membantu tapi selalu pula menyakiti Imtisal. Benarlah, kita semua suka sangat menghukum. Hindun memang tak pernah sebulu dengan Imtisal, malah selalu sangat mengherdik dan memaki hamun Imtisal bila saja Imtisal dalam ‘dunia gilanya.’ Namun, wajah mereka berdua seiras. Aha, ada rahsia di sini! Tak boleh cerita sebab kena baca sendiri hik3 lalala5 ;P

Hana – gadis ini juga punya cerita yang menarik bersama-sama neneknya. Kisah neneknya yang benar-benar mendambakan cinta yang sejati amat menarik untuk dijadikan tauladan. Ada juga Layyinul Harir – gadis manis pujaan pria di universiti. Ada juga Christine – gadis yang akhirnya menjadi Muslimah di penghujung cerita ini. Terselit Asya Baziela dan Wildan yang terperangkap dalam janji manis dunia kerana kekecewaan dalam keluarga sendiri. Yusra juga punya seorang teman rapat – Elya Khadeeja, rakan sekolah di Taman Islam tetapi terpisah bila masing-masing menyambung pelajaran ke universiti. Gadis ini saling tak tumpah seperti dirinya. Tapi Elya Khadeeja juga ada ceritanya sendiri.

Tak dapat dinafikan cerita ini penuh dengan watak wanita di dalamnya tapi ada juga terselit watak sang adam. Umar Al-Mujahid; dia pernah berada dalam dunia tarbiah namun terpesong bila berada di universiti. Menyimpan perasaan pada Asiah Yusra tapi tak dibalas. Lalu menjadikan Umar patah hati dan mula terpengaruh dengan rakan sebaya. Mujur saja Umar cepat sedar. Kewujudan Hassan Al-Banna dan teman-teman seperjuangan di Taman Islam berjaya menarik Umar dari terus hanyut.

Novel ini sarat dengan cerita-cerita yang di luar jangkaanku. Kisah antara tiap-tiap watak dijalin dengan begitu baik. Kagum dengan kesungguhan dan semangat penulis muda ini. Beliau bukan hanya menulis dan bercerita tetapi turut mengajak pembaca mengenali keindahan agama Islam. Satu cara berdakwah yang sungguh menarik hinggakan tak sedar aku sudah pun melewati halaman yang ke 785 (^-<)v

Imtisal – jiwaku kekadang diracuni, adakah Kau yang kudambakan hanyalah sekadar ilusi? [page 1]

Layyinul Harir – Inginku menjadi sang mawar di taman, cantik menawan, duri berceracakan, bukan sang dedap di hutan, meskipun indah luaran, baunya tidak tertahan [page 336]

Umar Al-Mujahid – Jauhku berlari, mencari erti cinta, yang ku temui, hanyalah jauh dari-Nya [page 528]

Ps: Baru tahu Telaga Biru juga merupakan publisher… ketinggalan rupanya aku ni hik3 lalala5 ;P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))