Aktviti Membaca!

Rabu, 9 Disember 2009

Ketika Cinta Bertasbih 2


JUDUL: KETIKA CINTA BERTASBIH [Episod 2]
PENULIS: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
TERBITAN: AR-RISALAH PRODUCT SDN BHD



~ Rasaku… ~

Kali ni sekuelnya berkisar tentang kehidupan Azzam sekembalinya ke Indonesia. Cerita tentang keluarga Azzam khususnya. Secara peribadi ia kurang menyengat. Barangkali disebabkan kedudukan Azzam sebagai tunjak utama dibayangi dengan kehadiran watak-watak kaum Hawa di sekelilingnya atau mungkin aku lebih suka dengan cerita Azzam di bumi para anbia.

Bermula dengan Eliana – perasaan puteri Pak Durbes yang semakin condong padanya. Dari perasaan yang biasa-biasa dia kemudiannya makin mengagumi sikap dedikasi Azzam pada keluarganya. Apalagi bila bertemu dengan keluarga sederhana Azzam. Namun, di sudut hati dia tahu siapalah dia untuk mengimpikan Azzam sedangkan dia bukanlah ‘nur’ yang sesuai tuk Azzam.

Anna Althafunnisa – Si bidadari tuk novel ini. Keperibadiannya yang tinggi mengalir dalam dua episod ini. Pada saat dia bertemu dengan Azzam, hatinya bagaikan dipalu ayat-ayat cinta. Sayangnya, tika itu dia sudah menjadi tunangan Furqan. Dengan hati yang reda’ dia menerima suratannya. Jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya, itulah bahagia yang dicari.

Ayatul Husna – adik kepada Azzam. Antara watak yang aku kira paling menyerlah. Gadis ini pada usia kanak-kanaknya agak keras. Terlalu berbeza dengan perangai abangnya itu. Tetapi siapa tahu permergian ayah mereka menyebabkan dunia 2 beradik ini berpusing 180 darjah! Kalau Azzam sanggup berniaga tempe/bakso, si adik menjadi serikandi mempertahankan keluarganya di Indonesia. Dorongan si abang juga adalah pemangkin buat Husna untuk bergiat aktif dalam arena penulisan.

Kagum dengan kasih sayang luhur sang ibu. Dia berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik sekali. Suka juga watak Zumrah; gadis yang pada mulanya pernah dikatakan jodoh Azzam. Dia tersasar tapi bantuan Husna dan Azzam dia kembali menjadi muslimah. Benar, siapalah kita untuk menghukum?

Ada terselit juga kisah rumah tangga Anna & Furqan, kisah Azzam mencari surinya dan juga cerita tentang dunia pesantren. Di penghujungnya ada sesuatu yang manis buat Azzam. Sudah jodohnya, walau jauh menghindar cinta pertamanya masih lekat di hati.

Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslow ft. Amee

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku, dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Ps: Menantikan filemnya. Adakah sehebat tulisan Pak Habiburrahman?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))