Aktviti Membaca!

Isnin, 21 Disember 2009

Hati Seorang Wanita


JUDUL: HATI SEORANG WANITA
PENULIS: NORISAH A. BAKAR
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Karya pertama dari Singapura yang ada dalam koleksiku. Puas juga mencari, akhirnya dapat juga novel ni. Credit to JC ;D

Ia cerita tentang seorang anak yang tersisih - Nur Asyidah. Perceraian kedua-dua ibu bapanya membawa episod luka dalam hidupnya. Sukar dimengerti, mengapa ayah dan ibunya berpisah sedangkan mereka cukup aman bahagia sebelum ini. Apatah lagi dengan perbuatan ayahnya yang mengahwini janda lain. Ibunya pula berkahwin dengan lelaki luar negara dan pergi meninggalkannya.

Ibu tirinya lebih sudu dari kuah. Ayahnya pula terlalu menurut kata-kata isteri barunya, menjadikan Nur Asyidah seorang gadis yang suka memberontak. Dia mula bersosial, pelajaran hilang entah ke mana dan hinggalah satu malam dia dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Ketika itu, Datuk Ariffin sudah hilang sabarnya, ditambah dengan Datin Rohani yang dah berperanan si Mami Jarum. Akhirnya, Nur Asyidah dihantar pulang ke kampung, lebih tepat kukira dihalau!

Kehidupan Nur Asyidah di kampung berjaya mengubahnya. Namun, dalam masa yang sama dia menjadi semakin sensitif, semakin rasa tak diperlukan lagi. Semuanya kerana sikap ayahnya yang membelakangkan anak sendiri. Anak orang lain dijaga ditatang dengan penuh kasih tapi anak sendiri dianaktirikan. Kematian nenek Nur Asyidah tiga tahun selepas itu menyebabkan dia dijemput pulang oleh Datuk Ariffin.

Pulang ke ibu kota menyebabkan luka lama berdarah kembali. Sikap ayah yang tidak begitu mengendahkannya, ibu tiri yang tak pernah menyenangkan ditambah dengan sikap adik tirinya; Mala buat Nur Asyidah makin menyendiri. Tapi sikap egois dan syak wasangka dalam diri Nur Asyidah juga amat tebal. Tiap kali dihulurkan bantuan, dia hanya memandang sinis. Mungkin kerana tidak berpelajaran tinggi seperti Norliza; kakak tirinya, dia merasakan ayahnya lebih lagi menyayangi kakaknya berbanding dirinya sendiri. Dia telah menjadi gadis yang amat pesimis.

Dalam diam kemunculan Nur Asyidah mendapat perhatian Ikmal Razif. Walaupun Nur Asyidah menolak dan teramat bencikan lelaki yang juga pujaan hati Norliza, tapi dia tak dapat menafikan hatinya sudah tertawan. Konflik berlaku lagi. Tapi kali ini ia bertambah kusut. Ayah dan ibunya sudah pun berbaik-baik semula. Datin Rohani pula disahkan menghidap penyakit kanser. Juga kisah silam Norliza yang diungkit semula. Apalagi dengan kehadiran Nur Asyidah, Ikmal Razif pula bertindak memutuskan pertunangannya dengan Norliza. Itu semua membuatkan Nur Asyidah makin tertekan.

Nur Asyidah cuba menjadi orang tengah tapi sayangnya niat baiknya selalu di salah ertikan. Kini dia perlu memilih. Antara keluarga dan cinta, dia perlu membuat keputusan.

Ikmal RazifAwak tak rampas saya daripada Liza, Asyidah. Saya sendiri yang datang mengemis cinta awak [page 396]

Ps: Thanks to Kak Rinn kerana di MP aku mengenali penulis ini – Kak Norisah atau aku memanggilnya Kak Nor [memang sesuka hati je beri nama gelaran] ;D

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Nurhayati Berahim pun ada tulis novel yang sama judulnya dengan novel ini.

    BalasPadam
  2. Pei Pan: Iya, ada sebuah novel dari NB. Eh, tak dimasukkan lagi rupanya review novel tu hehe

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))