Aktviti Membaca!

Rabu, 10 Oktober 2018

Lelaki Kiriman Tuhan


Lelaki Kiriman Tuhan
Umie Nadzimah

ISBN: 9789672102106
Penerbit: Penulisan2u
Tarikh Terbit: 2017
Halaman: 518
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

3.5*

Novel ni boleh masuk rekod, beli sebab nak diadaptasi. Bak kata Mai, Cherina dah ‘tersampuk’ 😆

Ps: Ini bukan review

Full review: 11/09/18

1. Naira. Si cik jeruk yang ikut kepalanya saja. Mungkin kerana beban yang ditanggung buat Naira jadi sebegitu tapi cik puan, ya ampunn... prasangka melebih sangat. 

2. Iqbal Raid - karakter yang dibangunkan hampir sempurna dengan kebaikan dan sisi kelamnya yang benar-benar bad boy ya. Tapi apa pun matlamat masih tak menghalalkan cara wahai encik Raid.

Dua watak ini berjaya buat aku bertahan dengan LKT. Walaupun ada masa rasa annoying dengan watak Naira. Sungguhlah penulis suka buat emosiku turun naik dengan watak heroin. Cuma Naira tak segila Yusra.


Watak-watak lain boleh tahan banyak tetapi ia sangat membantu menggerakkan isi cerita. Kudos penulis kerana tiap watak dikembangkan dengan cukup baik.

Aku juga suka dengan #hantusayangcikjeruk di awal-awalnya. Scene usik-mengusik, berlawan kata dalam misi Raid nak menawan hati Naira. Memang pace laju tanpa cerita lain yang tak perlu. Cuma mungkin beberapa bab menuju ending perlu diperkemaskan kerana aku setuju dengan review Yuni 
yang mana semuanya nak disumbatkan dalam minit-minit terakhir.

Apa pun, naskhah santai yang tak menghampakan. Apalagi dengan cover biru yang cantik dimataku. Dan, dengan dua buah nukilan penulis yang baru aku baca berjaya buat aku rasa nak baca lagi karyanya. 

Ps: LKT akan dilayarkan di kaca TV mulai 1 Oktober ini. Selamat menonton
😉

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))