Aktviti Membaca!

Rabu, 10 Oktober 2018

Bos Aku Kerek


Bos Aku Kerek
The Awesome Five

ISBN: 9789672052326
Penerbit: Bes Q Publication
Tarikh Terbit: Mei 2018
Halaman: 470
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Buku ni bagaikan mengimbau kenangan masa aku tengah rancak dengan dunia blogging. Kenal dengan adik-adik penulis dan rakan-rakan reviewer.
Manis. Pahit. Indah.
Terima kasih untuk kenangan itu ;)


Full review: 4/09/18

Ringkasnya, BAK simple dan laju. Santai-santai membaca tanpa ada perang dunia orang ketiga ke apa. Si tukang baca pun tak akan mengalami kemurungan dek emosi M. Dan, aku pernah baca siri awal dulu semasa karya ini dipertandingkan. Separuh Aku Ada Kamu, kan tajuk asalnya? Kalau aku salah boleh betulkan ya adik-adik? Maklumlah usia makin meningkat, daya ingatan pun makin ke laut haha.

Syaza dan Zhafir; Mat Sapi a.k.a. bos yang kerek. Sebenarnya aku tak berapa suka dengan perkataan ‘kerek’ itu, entah my personal preference tapi takpe ia slanga yang rasanya semua orang tahu. Dan, ketidak sukaan aku pada perkataan ini takde mengena dengan cerita ni ya.

Tahniah buat The Awesome Five. Moga terus memeriahkan dunia penulisan.

Ps: Tak tulis review panjang sebab boleh lihat review lama tu :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))