Aktviti Membaca!

Rabu, 10 Oktober 2018

Konspirasi Suami


Konspirasi Suami
Maya Iris

ISBN: 9789673692927
Penerbit: GedeBook
Tarikh Terbit: Februari 2015
Halaman: 686
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Full review: 1/09/18

Masa dah sampai separuh cerita baru aku tahu yang ini sequel kepada MCC. Nak berhenti sayang dah separuh jalan, jadi teruskan je. Masih tak menganggu cuma bila ada watak yang mungkin disebut dalam novel sebelum, aku jadi lost sikit.


Apa pun pembacaan novel ini tak mudah seperti yang aku sangkakan. Diakui penulis betul-betul buat homework untuk kesemua input yang dimasukkan. Ia bukan sekadar tangkap muat dan aku sendiri jenuh nak 📝. Sejujurnya, aku memang tak sangka aku juga akan sama-sama buat ‘homework’ untuk meneliti tiap info yang ada. 

Ringkasnya ini kisah Dr Ehsan & Nur Sayang selepas berkahwin. Ini yang buat aku penasaran sebab nak tahu kisah mereka sebelum ni kena baca MCC dulu.

Tapi takpe, sebab aku tak melihat ia mencacatkan pembacaan kerana apa yang lebih menuntut perhatian aku adalah kisah konspirasi yang melibatkan Dr Ehsan. Bukan perkara kecil ya, ia melibatkan satu dunia.

Novel ini banyak ‘membuka mataku’, buat aku memandang tiap isu itu daripada angle yang berbeza. Dan, untuk itu aku salute dengan kegigihan penulis.

Next, kena cari kesudahan kisah ini dan aku juga kena geledah gobok untuk mencari di mana MCC haha.


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))