Aktviti Membaca!

Rabu, 26 September 2018

Demi Dara


Demi Dara
Abdul Rahim Awang

ISBN: 9789673693726
Penerbit: Penerbit-X
Tarikh Terbit: April 2017
Halaman: 392
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Full review: 8/05/2018

Lama tak baca karya ARA.
Rindu.

Tak perlu dicerita banyak, ARA dan thriller memang tak dapat dipisahkan. Tapi, aku tak tahu apa yang kurang. Mungkin kerana penghujung cerita membunuh hampir kesemua ‘kegembiraan’ aku.

Tapi, ya aku masih seronok membacanya. ARA dan sentuhannya masih berbisa. Walaupun aku boleh agak siapa gerangan pembunuh, tapi ada scene yang aku tak sangka sungguh. Setiap plot dikupas perlahan-lahan dengan baik sekali.

Dara -- bawa makna sang perempuan. Boleh jadi juga dendam. Hmm, yang mana pengakhirannya tetap sadis. Jadi, salahkah menyimpan dendam? Tak pasti, cuma seperti yang aku bilang awal tadi penamatnya tetap tidak menggembirakan aku.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))