Aktviti Membaca!

Rabu, 26 September 2018

Pulang


Pulang
Lily Haslina Nasir

ISBN: 9789674690861
Penerbit: Karyaseni Publication
Tarikh Terbit: Mei 2018
Halaman: 515
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Novel pertama yang berjaya dihabiskan sepanjang tempoh #cherinakuarantin 😉


Full review: 8/06/18

Aku tak tahu apa yang istimewanya novel ini sehingga aku boleh langkau novel-novel Kak Lily yang lain. Hmm, apakah kerana signature mahal Kak Lily atau sebab si abam Remy di muka depan? (Eh! Tu patut tanya Mai ahakss ðŸ˜œ)

Baiklah apa yang aku suka tentang Pulang:

1. Setting cerita yang merentasi 3 zaman (generasi; Othman, Omar, Ahmad) dan penulis menyampaikannya dengan penuh bersahaja. Walaupun zaman Othman-Che Thom adalah fokus utama, tapi itu bukan alasan untuk menidakkan yang lainnya.

2. Cinta. Ia fitrah. Cinta pandang pertama Othman-Che Thom rupanya bukan biasa-biasa. Ia diikat dengan janji setia walau apa saja badai yang melanda, tetap kukuh merentasi masa. Begitu juga dengan cinta Omar pada sang ibunya. Sama besar dengan rindu seorang anak pada sang ayah yang hilang tanpa khabar. Dan, sampai satu bab tu, haihhh.. ayaqmata meleleh tau baca scene anak-ayah sebegini. Omar adalah insan yang paling aku kasihani dalam cerita ini.

3. Sahabat sama senang sama susah. Aku suka dengan kesemuanya, macam Che Thom ada Salmah. Tapi yang paling aku terkesan; Lum. Lelaki ini membuktikan sahabat itu tak mengenal warna kulit dan agama, yang penting hati ikhlas dalam berkawan.

4. Pertukaran POV setiap bab umpama bonus. Memudahkan aku menyelami semua ‘rasa’ baik watak Othman, Che Thom, Omar dan Ahmad.

5. Alunan bahasa yang membuatku hanyut. Kak Lily antara penulis senior yang pastinya sudah cukup arif dalam menata lenggok bahasanya sesuai untuk setiap zaman yang ada. 

6. Ending. Jujur aku tak suka dan aku ulang baca bab endinguntuk kaitkan dengan kesemua ‘rasa’ yang hadir. Dan akhirnya aku berjaya tukar tak suka itu pada reda. Ya, itu memang pengakhiran yang terbaik untuk Pulang.

Cuma, ada juga typo error, tak banyak mana pun tapi kalau dibaiki untuk cetakan seterusnya pasti lebih baik. Aku tak pasti dengan penggunaan ganti nama antara Othman-Che Thom di awal bab. Mulanya 'aku-kau', tapi ada juga terselit 'saya-kau' dalam halaman yang sama. ‘Saya’ kelihatan agak janggal, bukankah selalunya ‘kita’? Pendapat aku lah, mungkin juga salah. Dan, aku betul-betul mahukan kepastian. Apa benarkah, Che Thom? Hati aku susah nak percaya *ayaqmatabergenang*

Apa pun tahniah Kak Lily dan warga produksi filem. Melihatkan novel ini yang diadaptasi daripada sebuah filem dan kisah benar, buat aku rasa gembira. Pastinya bertambah golongan yang membaca walaupun mungkin segelintir mereka terdiri daripada para peminat pelakon filem ini. Sekurang-kurangnya ia permulaan yang bagus, kan?

Sekuat apa pun kau mencintai, bila Tuhan tidak berkehendaki. Kamu bisa apa? - Anonymous

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))