Aktviti Membaca!

Selasa, 13 Februari 2018

Episod Cinta Harlys


Episod Cinta Harlys
Fieyza Fadlina

ISBN: 9789671188
Penerbit: Lovenovel Enterprise

Tarikh Terbit: Ogos 2013
Halaman: 644
Harga: RM25


~ Rasaku… ~

Full review: 25/01/2018

Masa dah mula baca aku tertanya-tanya la siapakah gerangan Harlys ni? Dah baca separuh baru nampak review di GR yang ia sebenarnya gabungan nama rupanya. Silly me! Haha.

Sebenarnya aku memang suka dengan kisah penghijrahan ni tak kisahlah wataknya lelaki atau pun wanita. Tapi dalam kisah ini, bagai kurang ‘rasa’. Aku tak dapat nak ‘selam’ bagaimana seorang abang dan ibu yang seakan-akan rela menyerahkan tanggungjawab membetulkan anak pada seorang yang tak dikenali. Itu pun selepas 6 tahun, baru rasa “Haaa adik aku ada suami. Patut suruh suaminya bimbing ke jalan yang benar.” Terus aku rasa, ehhhhh!

Apa pun aku bagi kredit pada Arlyssa. Sekurang-kurangnya dia try her best to change, and she did it well. Bukan macam Humaira tu. Nampak complete package sebab berilmu bagai tapi hati? Sebab tu kita jangan cepat nak melabelkan dia itu begini-begitu. Hidayah datang tanpa diduga.

Keseluruhannya masih boleh dihadam. Cuma itulah mungkin aku yang kurang ‘rasa’. Nanti aku cuba baca novel lain penulis ini.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))