Aktviti Membaca!

Selasa, 13 Februari 2018

Kerana Lamaran Itu


Kerana Lamaran Itu
Xuanza

ISBN: 9789670707334
Penerbit: October
Tarikh Terbit: Mac 2015
Halaman: 829
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Full review: 25/01/2018

Buku pertama penulis yang aku baca, dan aku tahu ianya tak adil kalau aku membandingkan karyanya dengan novel lain tetapi, maaf ya. Jujurnya aku kadang-kadang confused aku sebenarnya sedang baca karya penulis ini atau karya orang lain.

Recycle jalan cerita padaku tidak membawa banyak masalah, kerana itu perkara biasa dalam lambakan novel kita. Cuma kalau keseluruhan plot dan jalan cerita itu seperti dicedok dan ditampal ia jadi tak best. Hmm, apa lagi abam JJ adalah my favourite hero dan isi ceritanya masih kekal dalam ingatan walaupun sudah bertahun-tahun aku khatamkan novelnya.

Namun, aku berjaya juga habiskan. Yayyy! Aku bagi kredit untuk bahagian epilog. Mungkin sebab rasa mahu tahu apa ‘masalah’ sebenar Haicarl, dan ia dicerita baik dalam setiap epilognya.

Ps: Aku tak letak rating sebab jujur aku sendiri tak pasti berapa yang harus aku letakkan.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))