Aktviti Membaca!

Rabu, 26 September 2018

Untuk Seseorang Sepertimu

Untuk Seseorang Sepertimu
Rose Harissa

ISBN: 9789672137146
Penerbit: Penerbitan Idea Kreatif
Tarikh Terbit: Disember 2017
Halaman: 346
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

3.5*


Yayyyyy... nak sambungan/story Yen itself. Boleh tak?


Full review: 13/02/2018

Yang aku suka – buku nipis, jalan cerita simple, pace laju, watak-watak yang seadanya, konflik dan isi cerita yang dijalin kemas. Begitu juga dengan watak pembantu; Yen pastinya. Penulis selalu berjaya buat aku rasa lebih sukakan watak pembantu (watak baik la kan) daripada hero haha.

Aku juga suka bagaimana penulis ‘mengikat’ pembacanya sampai ke akhir cerita. Kita mesti tertanya-tanya apa hubungan Fath-Yen sebenarnya mahupun kisah Nur yang sampai bila nak melarikan diri. Tapi, aku rasa bahagian Zahier di hujung-hujung cerita tu macam terlalu rushing, memang habis begitu je ke?

Dan, satu lagi RH suka buat watak sang hero yang ‘bersungguh’. Maksudku bila dah suka, terus atur langkah meminang. Ha, takde lah adegan tarik-tali-nak-couple-ke-kahwin.

Seperti biasa, ceritanya jarang ‘kosong’. Mesti ada input yang buat aku terfikir, kiranya kepuasan itu bukan sekadar tamat cerita. Congrats sis! Cuma part sweet tu, aku setuju dengan pandangan KC -- sekadar rencah. Tiada pun masih tak mencacatkan keseluruhan novel ini.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))