Aktviti Membaca!

Khamis, 28 September 2017

No. 23

No. 23
Packy Sidique

ISBN: 9789670508
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2015
Halaman: 764
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Setelah Bougainvillea, aku memang ternanti-nantikan karya penulis ini. Ternyata novel No. 23 ini tidak mengecewakan.

Aku suka:-
1. Inspektor Sahab [ASP Akmal] yang perasan kacak dan si April yang garang. Kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Berlawan cakap [gaduh] dengan loghat Penang-Kelantan memang comel tauuuu. Hiks.
2. Plot cerita yang saspens dan misteri. Ehhh, ni memang kesukaan aku sebenarnya. Jadi mungkin akan ada bias bila aku berikan rating haha.
3. Lawak spontan. Kali ni aku rasa ianya menjadi dengan sendirinya, tersengih-sengih baca. Begitu juga dengan cara si ASP Akmal yang tiba-tiba boleh boleh ’mengayat’ si April. Cia..cia sangat haha.
4. Jalan cerita yang tak rushing. Aku suka bila penulis menyusunnya satu persatu, membuatkan kita yang membaca saling merasa debarannya. Dan bila di akhir cerita, haaa… masing-masing ternganga. Oh, dia rupanya!
5. Hubungan April-Ti’ah sangat manis. Membawa makna sahabat itu biar sampai ke syurga. Saling berpesan ke arah kebaikan dan si dia yang memberikan bahu kepada teman tika lelah dan putus asa.

Terima kasih untuk si cameo Hakimi. Dah nak kahwin ya. Tahniah! ;))

Sememangnya buku PS kali ini lebih well-prepared. Ada unsur debar, geram, kelakar, ada juga rasa sedih yang bertandang dan isinya tidak ditampal tazkirah, sebaliknya ia diadun dengan teliti. Secukup ‘rasa’. Kudos!

Makanya untuk kesemua ‘rasa’ yang aku dapat usai menutup novel ini, aku dengan besar hati bagi 5 Ha. Yayyy!


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))