Aktviti Membaca!

Khamis, 28 September 2017

Nikahi Aku Kerana Dia

Nikahi Aku Kerana Dia
Teja Elliza

ISBN: 9789670707099
Penerbit: October
Tarikh Terbit: Mac 2014
Halaman: 673
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

Aku suka:-

  1. Nama watak -- Tuah, Jebat, Lekir, Kasturi.. si Lekiu mana? Haha. Mahal tau nama-nama ni. Klasik sangat.
  2. Strong bonding antara adik-beradik, saudara-mara. Boleh rasa betapa eratnya hubungan mereka, malah setiap seorangnya baik karakter abang, adik, kakak dilakar dengan baik.
  3. Makcik Wok. Okay, ini legend haha. Tahniah sebab penulis berjaya ‘cipta’ watak yang akan paling diingati usai menutup buku ini.

Cuma mungkin bila dimuatkan terlalu ramai watak, ceritanya jadi hilang fokus. Aku sendiri jadi ‘penat’ tengok watak-wataknya yang ada pelbagai konflik. Macam tonton sinetron pula.

Dan, kasihan pada Maryam Darleena [Mar]. Kita sudah kenal anak kita itu bagaimana perangainya, tapi tup tup datang masalah, cepat pula kita salahkan anak kita. Tak cuba selidik dulu ke apa? Doktor pun main sebarang je. Haishh…

Tak lupa, terima kasih juga sebab berjaya buat emosiku turun-naik dengan si Tuah Ithar tu. Fuhhh… memang ‘bertuah’ betul mamat ni haha. Nasib watak novel je, kalau depan mata dah selamat kena luku.

Tetapi secara keseluruhannya aku masih senang dengan kisah ini. Plot diatur dengan baik, gaya bahasa yang santai dan ada lawaknya mengenangkan tragedi Makcik Wok haha.


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))